Tuesday, December 16, 2008

fesyen.kemudian apa?

Dia Grunge. Aku tidak kisah. Aku tidak ada sebab untuk mengatakan bagus atau tidak. Baik atau buruk. Kerana aku tiada ilmu tentangnya. Terasa jahil yang amat. Tanpa ilmu, aku kehiangan bicara.

Saya lihat pakaiannya. Biasa. Apa simboliknya anda mengata dia seorang Grunger? Saya menyeluruhi tubuhnya. Rambut, biasa..Baju, biasa. Seluar, jeans(biasa). Kasut, juga biasa. Aksesori tambahan, hanya jam. Entah apa perihal Grunge yang ada padanya. Beritahu saya.
“em, awak Grunge?” saya bertanya tuan punya badan. Sepupu saya sebetulnya.
“ha’ah… tapi fesyen je la. Benda lain tak.”

Hmm, pada saya itu sudah cukup bagus. Tentang fesyen Grungenya itu tiada salahnya dari sudut agama. Menutup aurat dan tdak menyerupai mana-mana kaum. Seperti kata-kata Rasulullah “sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, bererti dia dari kaum tersebut.” Standard tasyabbuh (penyerupaan) adalah pelakunya melakukan sesuatu yang merupakan ciri khas yang diserupainya. Menyerupai orang-orang kafir ertinya, seorang Muslim melakukan sesuatu yang merupakan ciri khas mereka. Adapun jika hal tersebut telah berlaku umum di kalangan kaum muslimin dan hal itu tidak membedakannya dari orang-orang kafir, maka yang demikian ini bukan tasyabbuh (tidak tergolong menyerupai) dan hukumnya tidak haram kerana penyerupaan tersebut.

Persoalannya, mengapa menjadikan Grunge itu sebagai identiti diri? Sedangkan penampilannya hampir sama dengan orang awam yang tidak punya apa-apa pegangan dalam fesyen berpakaian. Syaitan itu pandai. Dia mampu menipu datuk dan nenek kita sewaktu di syurga. Inikan pula kita manusia biasa yang sentiasa berbolak balik hatinya. Hari ini kata fesyen, esok lagu, akhirnya cara hidup. Ia sama dengan punk, skinhead dan sebagainya.

Setelah membaca artikel tentang ‘How To be Grunge’, saya lihat terlampau banyak perkara yang harus dituruti. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara ada di dalamnya. Kemudian, mata terpana pada kenyataan ;Grunge is a way of life, not a way to seem cool and better than others. Oh, patutlah… banyak sangat terma yang harus diikuti sebagai seorang grunger.

Atuk lebih mudah dalam hal ini. Dia bercerita tentang sirah. Nabi s.a.w dahulu bertanya tentang bangsa Rom. Bagaimana mereka. Sahabat mengkhabarkan kepada Baginda. Mereka punya janggut yang nipis dan misai yang lebat. Maka, Rasulullah s.a.w bersabda… “nipiskan misai dan biarkan janggut panjang. Kita tidak boleh sama dengan mereka.”(au kam qola Rasulullah s.a.w. Biarpun ini dalam situasi perang, namun, tetap punya pengajaran di dalamnya.

Namun terpulang. Saya tidak jumud. Sekadar berkongsi… ala kulli hal, wALLAHu a’lam bissawab.

0 k0t0rans: