Sunday, December 21, 2008

"Dan ajarilah anak-anakmu berenang..."Nabi s.a.w.


19-disember-2008
lutfi call. ajak qiam. aku serba salah. dia tambah, esok ada rehlah. tak jadik kat starhill. tukar ke Gunung Pulai.
aku tak kesah tentang rehlah. aku kisah tentang 'qiam'. pernah ke selama ni kalau kata ada qiam kat surau an-nur, kite sume tak pergi cc? pernah ke?? tak kan? tautakpe. sebab tu aku macam malas nak join. nak pergi surau kena naik kete. aku dahla takde kete tambah takde lesen. naktaknak memang kena ikut diorang. walaupun sangat gembira main cs ngan kengkawan lama, tapi, baik duduk rumah. abeskan drama korea n jepun yang tak abes-abes. Mengulang ke...kalau aku baik.huhu.

cc. sejak aku ada kat rumah nii selama seminggu, dah 2kali pergi cc kat taman u. setengah jam dari rumah. aku, pergi diambil, balik dihantar. manis tak?huhu. diorang cakap nak kumpul batch9 yang banin. aku tak kisah. kalau orang cakap main bola boleh rapatkan ukhuwwah, men cs pun boleh juga bagiku.

20-disember-2008
surau annur
bangun. ambil wudu'. azan dah dilaungkan. see? kitorang tak bangun qiam kan? balik cc pukul 130a.m. cane nak qiam? borak2 lagi kat suaru tuu sampai nak pukul3 lagi... lepas solat, sambung tidur. alangkah tak bagusny kami...

pukul 8, naqib kami abg Umayr datang bersama our super senior kat smihjb. kami akan pergi ke Gunung Pulai. Mandi air terjuuuuuuuuun!!!huyeyy. heheh. 4kereta. 15 orang semuanya. lebih dari 3, banyaklah tuu... dan sekarang ni, ummi suruh kemas rumah. aku letak gambar je lah. dari tadi 'jap..jap...jap...' ummi pun macam nak marah.huhu.ok
asyraf aminuddin. aku ngan anas naik kete dia. kami bertiga.
abg umayr aka yeop tengah pam tayar. kami menunggu giliran. 250tayar depan.220 tayar blkg.
tayar abg umayr meletup. acap yang perasan

baru sampai. waterfall. Niagara nii.haha.

usrah tak rasmi pun ada makan2 lah... nampak aku pegang kerepek wanr kuning tu. salmanMH yang bawak. diorang main 'buaya makn kerepek'. baling patu makn. basyir la yang selalu lompat keluar dari air, patu...'ngap!!!'. hua hua. tapi, last2 kena sound ngan salmanMH kot. mane leh main baling-baling makanan. aku ketawa je lah. hehe.
balik. madlong ngan ghazi.
kena gigit pacat. first time ni. dari dulu ingat, pacat tak suka darah aku. Luqman cakap dah habis spm ni, kita kena fikir macam-macam. kalau nyamuk tu pergi kat orang lain, tak pergi kat kita pun kena fikir juga sebab apa. mungkin kita ada buat apa-apa yang menyebabkan nyamuk tu taknak kat kita tapi nak kat orang lain. macam pacat ni, aku tatau. but, at least... i felt happy. darah aku boleh dihisap. aku biar diar hisap lama-lama. sampai perut dia buncit. sampai dia puas. last2 aku kena pendarahan serius kat kaki. habis baju aku jadi mangsa. aku guna untuk lap darah. anyway, alhamdulillah. gembira bercampur syukur. thanks pacat. nama pacat ni, aku tak kasi. sebab aku taknak jumpa dia lagi.heheh:P

ok. ni sesi muhasabah dan taaruf. walaupun lewat, tapi... tetap bermakna. lagipun kami dah kenal diorang ni. cuma tatau diorang study atau kerja ap je... yang paling gempak, madlong. tinggi dia yang official 198cm. tapi tu 2taun lepas. sekarang ni, nurse dah malas nak ukur tinggi dia. mak dia pun dah tak sampai.huhu.

ok. gtg.ws

*jap2, ape kaitannya cerita ni dengan title? hmm... adalah sikit2. tapi kena fikirlah...heheh.ok.

Friday, December 19, 2008

usrah gen9.ex-smih.

pagi ini bangun awal. alhamdulillah

first time untuk cuti sem nii bangun sebelum ummi kejut=D

bangga bukan kepalang. puas macam makan biskut meri. gembira.

ok. cukup menghebahkan ketereraanku.
...............................................................................................................................................................................
semalam,

pergi usrah gen9 kat rumah abang umayr ainollutfi. memandangkan yang cuti pun sikit, yang datang pun sikit. *keyboard nih tetiba ada masalah. aku nak buat tanda seru, bracket, sume takleh. senang cakap... yang nombor-nombor kat atas tu, yang ada dwi-fungsi semua malfunction. hampeh. expressi kurang menjadilah nampaknya-tanda seru-

kembali.

lepas membuka majlis, kitorang baca surah al-fath. 29ayat. faaris ngan munzir kena baca terjemahan sebab lambat datang.heheh... ok ape hukuman tu. pastu, abg. umayr jelaskan lah tentang ayat ke-29 sunah ni...

"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka ruku dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda meraka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar".QS. al-Fath (48) : 29

aku betul-betul rasa nak hafal ayat ni. yelah, belum sampai lagi. tapi, memang sedap untuk dibaca dan dihayati. kata orang, 'melantun-lantun!' Ayat yang lain pun sangatlah sedap...kan?

anyway, antum cubalah buka Quran dan cari apa intipati dalam ayat tu... Moga ketemu. insyaALLAH.

habis penerangan, sekarang talhah punya masa untuk berceramah!em, simple tapi manis berkrimmm...

dia cakap,
nikmat ni ada 3bahagian...

1. dapat dan boleh rasa. macam makan coklat, kita dapat rasa coklat tuu...

2. dapat tapi... takleh rasa. contohnya, orang cakap kita kacak, tapi kita takleh rasa kekacakan kita. kecuali lah orang yang kuat perasan macam... macam... haha.

3. yang atas tadi tentang dapat kan? yang ketiga ni... memberi.

ok. korang faham tak apa maksud memberi ni? apa yang (ana) fahamlah... yang ketiga ni merupakan nikmat kepada orang yang suka bercakap. tapi itu waktu mula-mula. waktu talhah cakap yang ketiga ni nikmat bagi dia.

yalah, dia kan suka bercakap. ana ingat mesej tu untuk orang yang suka bercakap. tapi, fikir-fikir balik... kita tulis blog ni nak kasi orang dapat sesuatu pun termasuk 'memberi' jugak. dat's why la kekadang rasa nikmat kalau ada apa yang kita tulis dapat memberi manfaat kat orang lain... betultak?
tempoh berfikir dilanjutkan selama 5saat. berfikirkan sumber inspirasi. eh, duit, idea, bantuan... macam2 lagi boleh dikategorikan sebagai 'memberi'. patutlah...patutlah...patutlah... selalunya hati rasa tenang lepas kasi2 orang apape, tolong-tolong orang.... patutlah. sepatutnya lepas kita 'beri' pape kat orang len, kita kena ucap? alhamdulillah... sounds like i'm talking to children. but, hey! do you think u are too BIG for this? orang tua pun selalu lupa cakap alhamdulillah.

selalu dengar, orang awam cakap..."fuhhh, nasib baik aku... kalau tak..."

macamlah nasib dia baik sangat. ALLAH yang tolong dia. sesuka hati cakap semua tu nasib. paling2 pun, cakaplah "alhamdulillah, nasib aku baik..."

ala kulli haal, kita hanya berusaha... ALLAH yang menentukan. Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah.
ok. back to the story.

lepas part yang paling best kunun2nya, waktu usrah... kite sume pun tangkaplah gambar! -copy and paste tanda seru - haha. jap2, tau ke apa yang paling best tyme usrah tu? macam ada orang tu cakap... 'makan2 time! tak sesia aku datang....' lol~ lawaklah dia nii.he he he...



'kenyang?' dah2=)

lepas baca doa Rabitah, kitorang salam-salam, tolong kemas apa yang patut dan keluar... em, best dak usrah ni. Jumpa balik kawan-kawan lama. lagipun semua rumah dekat-dekat je. Sabtu ni swimming kat starhill. insyaALLAH. harap2 lagi ramai daripada yang ni. Man Hasni balik rumah hari nii~

*tak sabar nak ajak dia jalan2. tapi, k-din takde;( kenapalah usim punya cuti lain macam sangat...huhu.

sebelum balik. abg umayr dengan mus'ab. anak pertamanya yang sangat kiut. baru 8hari hari nii...

Tuesday, December 16, 2008

kawan sahabat dan teman


bila terasa rindu, kusebut namamu...


aku, suhaib, syahmul dan talhah... moga ukhuwwah ini berkekalan^_^


*ps: suhaib, ni bukan jiwang ok? heheh:P





kita berkongsi naqib yang sama,


peroleh thaqafah dengan niat yang sama,


terima, amal dan sampai,


itu tugas kita...


~dalam kenangan2007


~2008bagaimana?


Ya, ALLAH rahmatilah kami semua, mukminin dan mukminat yang bertemu dan berpisah hanya keranamu, jadikanlah kami semua termasuk dalam kalangan golongan muflihun di dunia dan akhirat... amiin.

fesyen.kemudian apa?

Dia Grunge. Aku tidak kisah. Aku tidak ada sebab untuk mengatakan bagus atau tidak. Baik atau buruk. Kerana aku tiada ilmu tentangnya. Terasa jahil yang amat. Tanpa ilmu, aku kehiangan bicara.

Saya lihat pakaiannya. Biasa. Apa simboliknya anda mengata dia seorang Grunger? Saya menyeluruhi tubuhnya. Rambut, biasa..Baju, biasa. Seluar, jeans(biasa). Kasut, juga biasa. Aksesori tambahan, hanya jam. Entah apa perihal Grunge yang ada padanya. Beritahu saya.
“em, awak Grunge?” saya bertanya tuan punya badan. Sepupu saya sebetulnya.
“ha’ah… tapi fesyen je la. Benda lain tak.”

Hmm, pada saya itu sudah cukup bagus. Tentang fesyen Grungenya itu tiada salahnya dari sudut agama. Menutup aurat dan tdak menyerupai mana-mana kaum. Seperti kata-kata Rasulullah “sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, bererti dia dari kaum tersebut.” Standard tasyabbuh (penyerupaan) adalah pelakunya melakukan sesuatu yang merupakan ciri khas yang diserupainya. Menyerupai orang-orang kafir ertinya, seorang Muslim melakukan sesuatu yang merupakan ciri khas mereka. Adapun jika hal tersebut telah berlaku umum di kalangan kaum muslimin dan hal itu tidak membedakannya dari orang-orang kafir, maka yang demikian ini bukan tasyabbuh (tidak tergolong menyerupai) dan hukumnya tidak haram kerana penyerupaan tersebut.

Persoalannya, mengapa menjadikan Grunge itu sebagai identiti diri? Sedangkan penampilannya hampir sama dengan orang awam yang tidak punya apa-apa pegangan dalam fesyen berpakaian. Syaitan itu pandai. Dia mampu menipu datuk dan nenek kita sewaktu di syurga. Inikan pula kita manusia biasa yang sentiasa berbolak balik hatinya. Hari ini kata fesyen, esok lagu, akhirnya cara hidup. Ia sama dengan punk, skinhead dan sebagainya.

Setelah membaca artikel tentang ‘How To be Grunge’, saya lihat terlampau banyak perkara yang harus dituruti. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara ada di dalamnya. Kemudian, mata terpana pada kenyataan ;Grunge is a way of life, not a way to seem cool and better than others. Oh, patutlah… banyak sangat terma yang harus diikuti sebagai seorang grunger.

Atuk lebih mudah dalam hal ini. Dia bercerita tentang sirah. Nabi s.a.w dahulu bertanya tentang bangsa Rom. Bagaimana mereka. Sahabat mengkhabarkan kepada Baginda. Mereka punya janggut yang nipis dan misai yang lebat. Maka, Rasulullah s.a.w bersabda… “nipiskan misai dan biarkan janggut panjang. Kita tidak boleh sama dengan mereka.”(au kam qola Rasulullah s.a.w. Biarpun ini dalam situasi perang, namun, tetap punya pengajaran di dalamnya.

Namun terpulang. Saya tidak jumud. Sekadar berkongsi… ala kulli hal, wALLAHu a’lam bissawab.

Monday, December 15, 2008

cinta ada awal tiada akhir. Buat Tuhanku.

c.i.n.t.a

[fullstop.noktah.]

Namu, tiada apa yang akan berakhir dalam hidup ini. Kecuali setelah nafas melepasi kerongkong. Saat sakarat datang menjemput. Jasad terbujur kaku. Permulaan kepada sebuah episod baru.

C.i.n.t.a

Aku cuba menepisnya berulangkali. Namun, berulangkali jugalah aku kecundang. Kekalahan yang menambahkan bintik hitam di dada. Menggelapkan hati. Melemahkan minda. Cinta juga yang telah banyak merubah pemimpin menjadi hamba, alim menjadi jahil, celik menjadi buta, waras menjadi gila, Tuah menjadi Jebat! Aku tidak berbicara kosong. Intiku ilmu dan iman. Biar sedikit, namun ku harap dapat membuah rasa. Rasailah… penangan cinta!

“alarm berbunyi”
Fajar sudah menyinsing. Matahari menunjukkan sinarnya. Perit memandang cahaya yang menjadi penunjuk pertukaran siang dan malam. Satu putaran kehidupan yang indah. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Ah, aku terlepas. Beristighfar atas kekhilafan diri. Perlahan-lahan aku mengambil wudu’ di bilik air yang berdekatan dengan bilikku. Cuba menikmati kesegaran wudu’ yang mengundang keberkatan dalam hidup. Sebagai kewajipan yang perlu dilaksana sebelum mengerjakan solat. Tertib. Namun, hanya yang wajib. Muka, tangan, rambut, kaki… satu persatu.

Usai solat Subuh, aku bertafakur sejenak. Kenapa aku bangun lambat? Sampai solat subuh terlepas dari waktunya? Ah, alangkah berdosanya aku! Ya ALLAH, ampunkanlah dosaku. Kemudian, datang pula perkara lain menerjah ke dalam fikiran tanpa dipinta. Mencipta angan yang menyemai perasaan cinta pada dunia dan isinya. Astaghfirullah. Sejadah kulipat pantas. Mematikan segala angan bisikan syaitan.

Jam 8 pagi. Segalanya telah dipersiapkan untuk ke kuliah. Tiba-tiba terfikir tentang angan-anganku sebentar tadi. Mengapa wanita yang menguasai fikiranku ketika itu? Sambil berjalan menuju ke masjid untuk kelas tasmi’, aku membiarkan diri memikirkan persoalan itu. Fikiranku jauh menerawang menembusi angkasa raya. Jasad bagai robot bernyawa yang telah diprogram destinasinya. Masjid Darul Quran.
“cepat sikit!”
Jeritan ustaz Jihadi mengembalikan semula fikiranku. Tersentak sebentar namun kembali meneruskan perjalanan. Lagi beberapa langkah sahaja. Mujur aku tidak ditahan kerana lewat hadir ke kelas.

“ahh… sikitnya modal untuk tasmi’ hari nii… alahai. Ni yang takde mood ni…”

Rungutan biasa. Sekadar pembuka bicara. Tidak berniat untuk menyambung perbualan setelah dibalas dengan nasihat oleh teman yang mendengar. Hari baru, motivasi baru.
Setelah memperdengarkan hafazanku kepada ustaz Fazli. Aku segera meminta izin untuk berehat. Berjalan keseorangan ke dewan makan seperti tidak punya sahabat untuk berjalan bersama. Entah. Aku senang begitu pada hari ini. Meninggalkan kelompok temanku yang berjalan lambat, berbual-bual, bergelak-ketawa.

“Ya, ALLAH… aku nak berbalas sms dengan banat”
Aku tidak sengaja menuturkan doa itu. Hatiku sebak. Tidak cukupkah cinta ALLAH padaku. Sampai aku perlu mencari cinta yang lain? Ya ALLAH, jangan Engkau uji aku dengan wanita saat aku tidak mampu menanggungnya. Aku merayu padaMU… saat ini, aku tidak punya urusan dan keperluan dengan mana-mana banat. Aku masih belum mampu untuk membuang penyakit hati apabila berurusan dengan banat.

Aku menyudahkan makanku dengan perlahan setelah ketua kelas memberitahu ustaz sudah pulang ke rumahnya kerana ada urusan. Niatku untuk kembali ke masjid setelah bersarapan kumatikan. Aku ingin berehat di bilik. Memanjakan diri setelah penat menyelesaikan masalah hati. Aku ingin cari ketenangan. Biar sebentar, asalkan cukup untuk memberi kekuatan untukku meneruskan kehidupan sebagai seorang huffaz yang sememangnya akan sentiasa diuji.

Itulah realiti. Semakin kuat iman seseorang semakin beratlah ujian yang akan diterima. Mungkin aku tergolong dalam kalangan orang yang masih lemah imannya. Kerana itu, aku jarang diuji. Namun, pabila imanku kuat kelak… aku tetap berharap agar aku tidak diuji dengan ujian yang aku tidak mampu menanggungnya.

Tiba di bilik. Aku menghenyakkan badanku di atas tilam. Melegakan segala kesengalan pada sendi tubuhku. Tangan kiri ku letakkan di atas kepala. Tangan kanan memegang handphone. Aku memeriksa senarai ‘contacts’ pada telifon bimbitku ini.
“hmm, sorang perempuan pun takde ke?”
Keluhan halus terkeluar dari bibirku. Sebagai manusia, diri ini tidak dapat lari dari perasaan ingin menyayangi dan disayangi. Memberi dan diberi. Tapi, layakkah diri? Cinta pada Tuhan kerap terabai, ada hati ingin menambah cinta pada manusia?

Bisikan itu datang lagi. Perasaan yang hadir penuh berseni. Jujur, aku memang tidak mampu untuk mengungkai persoalan hati. Ianya mengganggu hatiku dari sudut yang paling dalam.

C.i.n.t.a

Tanpa iman yang sekelumit ini, mungkin aku sudah hanyut dalam pesona cinta. Namun ku tahu, di saat umurku belasan tahun ini, akalku secetek oasis yang kekeringan berbanding ilmu Tuhan, cintaku lebih kepada nafsu. Nafsu yang menjerat diri, menjadi hamba Taghut. Tiada keikhlasan dalam persahabatan lelaki dan perempuan. Sekadar suka yang mengundang nestapa di jiwa gara-gara semakin jauh dari tuhan.

Emosional dalam rasional. Mewajarkan sebelum bertindak menjadi jalan terbaik. Tuhan, mengapa ingatanku padaMU kian berkurang? Sedangkan bibir ini sentiasa melafaz Engkau cinta agungku. Apakah janjiku ini tidak pernah sampai dihati, mengetuk langit ilahi? ALLAH… Engkau cinta agungku selamanya. Ku pohon kekuatan darimu. Cinta itu sangat seni. Jangan biarkan diriku menghadapinya sendiri. Semoga rahmat dan kasihmu senantiasa bersamaku.amiin…

Monday, December 8, 2008

raya Haji. Bicara tidak berjela.

Pagi-pagi lagi kami sudah bangun. Malam itu tidur kami awal. Tidak seperti kebiasaan sanak-saudara yang sudah lama tidak bertemu. Sesekali tidur terganggu mendengar nyamuk mengepakkan sayap kecilnya di telinga. Muzik yang berirama bengis. ‘Dia ingin menghisap darah’. Naluriku berkata begitu. Biar. Tidurku lebih diaulakan. Tidak luak darah ini buat nyamuk sebesar pasir. Saat azan berkumandang, abah turut meradang kerana anak-anaknya dan anak saudara yang lain masih dilamun mimpi. Aku terpisat-pisat mendengar abah melaung namaku. Boleh bergegar sukma mendengarnya.

Usai solat Subuh berjemaah di surau, kami mendengar ceramah. Sekadar tazkirah ringkas. “Innazzikra tanfaul mukminin”… itu ayat yang bergema di corong hatiku. Seringkas mana tazkirah yang diberikan, aku harus mencari sejuta hikma di dalamnya. Moga dipermudah.

Hari itu, aku terlupa mandi berniatkan mandi sunat Hari Raya. Terkilan. Hanya 2 kali dalam tahun Islam boleh berniat demikian. Usai mandi, aku bersiap. Memakai Jubah putih dan kopiah dalam warna yang sama. Putih, warna suci. Lambang kemurnian diri. Hati? Siapa aku untuk menilai kesucian sekeping hati?

Hujan renyai. Aku mengangkat jubahku sedikit tinggi setelah menyedari bahagian bawah telah terpalit kotor. Begitulah manusia. Mementingkan kebersihan luaran sedang dalamannya entah bagaimana. Terbiar dengan dosa dan murka.

Solat sunat Aidil Adha kali ini berimamkan Tuan Ibrahim Tuan Man. Seperti tahun-tahun sudah. Khutbahnya juga oleh beliau tanpa teks. Aku lebih menyenangi pencakapan sebegitu. Suaranya meninggi apabila sampai pada bahagian yang perlu dan merendah untuk menarik kembali perhatian kami yang telah terpana. Skil penyampaian yang amat bernas. Sama seperti abah barangkali. Mereka sepupu, berkawan sejak kecil. Pasti ada persamaan.

Isi khutbahnya menarik. Aku makin terbius untuk terus mendengar apabila beliau menyentuh tentang ‘politik kotor’.

Hmm, niat di hati ingin sahaja mengimbas kembali isi khutbahnya dan mencoretnya di sini. Namun, kekhuatiran akan kesalahan fakta bercanggah dengan apa yang diucapkan oleh beliau membantutkan niat ini. Aku manusia, tidak lari dari kesalahan. Niat yang baik, andai mengundang salah sangka hanya fitnah semata. Beliau telah menghurai dengan baik isi khutbahnya. Aku tidak ingin menjadi perosak kerana aku tidak pandai mengolah kata-kata.

Kisah seterusnya, aku patri bersama gambar. Aku tidak ingin banyak bicara. Gambar bawa seribu makna, kata-kata memberi erti.

hmm... ada masalah ketika meng'upload' gambar. Maaf. Jadi, sampai di sini sahaja... wassalam

Sunday, December 7, 2008

faci? i'll think about it...later.


Pandanganku
Menghala ke ufuk
Terus tanpa sempadan
Tegak tanpa halangan
Apa maknanya ya?
Kosong!

Jangan buat sesuatu yang takde makna ehh! Ok. Sambung cerita semalam. Sampai2 kat kem, abang khai suruh jumpa abah. Aku cakap, jumpa waktu kat chalet je lah. Hmm, lagipun, aku dah tak sabar nak jumpa ummi.heheh…
“tak nak jumpe ummi ke?”
“ha??”
“abah ngan ummi ada kat dalam office tuu…”
“oh, yeke… trimas”

Masuk je office, lepas salam2 ngan ummi dan abah, abah perkenalkan kak ayu. Dia yang jaga akaun sekarang ni. Em, muka dia boleh dipercayai… alhamdulillah. Tak macam yang sebelum ni. Harapkan pagar, pagar tak leh harap!
“mana yang len?”
“ada kat dewan… tengah ikut program fasi. Uqbah nak ikut tak? Ada lagi kosong tu…”
“uqbah? Fasi? Haha… macam lawak je…”
Ummi awal2 lagi dah tau aku akan jawab macam tu. Dah banyak kali abah ajak. Tak pernah aku nak ikut. Aqilah yang baru form4 pun dah banyak kali jadi fasi abah untuk budak2 sekolah. Yang paling gempak, dia bleh conduct satu slot tyme program ngan pensyarah uia.. Abir yang form1 tu, siap jadi fasi untuk budak2 ADK yang kat pusat serenti tu. Aku? Haha… apa nak jadi pon tatau. Bukan setakat jadi fasi, cakap kat depan kawan2 yang ramai sikit pon da tak berani. Entahlah… bukan tak de keyakinan. Aku ada idea untuk diketengahkan. Tapi… entah. Aku betul-betul tak tahu kenapa aku ni macam ni. Malu lebih2 lak. Nak malu apa pun aku tak tahu.

Waktu tengah berbual ngan ummi, tetibe je abir datang.
“uqbah, jom la ikut program ada satu kumpulan lagi tak ada lelaki…”
“apperr…?”
“satu kumpulan 4 orang, kena 3 perempuan 1 laki…”
“lahh..”
“diorang tak cukup orang ni”
“sekolah ke uni budak2 tu?”
“smakl form4 ngan form5… sekolah len ada gak. Tapi sikit la…”
“haa… reject! Dah…”

Aku ingat lagi waktu jadi fasi untuk program pemantapan solat. Ni my second time being faci. Tapi bukan program abah la. Naqib aku minta jadi fasi… maybe sebab tak cukup orang kot. Sebab tu nama aku tersenarai. Huehh… tak kesahlah. Asalkan aku dapat pengalaman. Alkisahnya, aku langsung tak menggunakan microphone untuk memberi arahan…*nampak sangat aku tak berperanan langsung dalam program nii. Apa yang kawan aku arahkan peserta2 buat, aku tolong pastikan dia punya kelancaran je… tapi, yang paling tak best ialah diorang tatau nak buat program apa waktu ice breaking. Mungkin diorang jarang ikut program kot. Last2 it ends ngan aktiviti yang langsung tak sedap…hu, kenapalah tak aku je yang pegang mic patu buat aktiviti yang best2. banyak sangat idea yang terimbas kembali waktu tu… iza lam tastahi fasna’ ma syi’ta. Kalau tak malu buatlah apa yang kamu suka. Hadis ni betul2 bermakna. Kalau aku tak malu, dah lama aku buat tu buat ni. Kasi program ni meriah! Hehe… cakap boleh lah… cuba buat. Tu yang aku tak berani…

Sometimes, aku rasa… ada bagusnya aku bersikap macam ni. Peserta program ni kebanyakannya dapat ngam ngan aku. Yelah, waktu kawan2 aku marah2, aku sorang je tersengih-sengih. Hish, tak patut betul… last2 aku rasa macam aku tetibe jadi peserta lak! Sia2 je dapat upah seratus ringgit. Aku bukan buat kerja sebagai fasi sangat… macam dapat upah sebab jadi peserta yang baik je… dat’s how I felt. Aku, aku, aku… aku tak faham diri sendiri… pening la.

Dulu, asal abah ajak jadi fasi mesti aku cakap kalau dapat score pmr… aku jadi. Lepas dapat straight, tak jugak jadi. Lepas spm punya result kuar, aku naikkan pulak syarat… kalau dapat pergi overseas… sekali tak dapat lak. Kan dah… janji2. tapi tak buat… rasa sikit. Tapi, sejak kebelakangan ni… aku rasa, aku mesti jugak jadi fasi… sampai bila nak tunggu jadi perfect? Walaupun spm xdapat straight a1, kenapa nak jadikan tu alasan. Ramai lagi tak dapat. Belajar luar negara bukan confirm berjaya pon. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pun belajar kat UM je dulu waktu amek degree of economics…last2 jadi gak gabenor Bank Negara… see, tempat belajar tak semestinya menetukan kejayaan kita. Dah banyak sangat bukti… em, insyaALLAH awal tahun depan… lepas habiskan hafazan 30juzu’… aku nak jadi fasi untuk program2 abah… doakanlah=)

Pandanganku
Masih tetap menghala ke ufuk
Terus tanpa sempadan
Tegak tanpa halangan
Apa maknanya ya?
Kini aku bukan lagi berangan
Bukan jua bermimpi
Hanya merealisasi impi
Di hadapan ku…
Halangan menjadi batu loncatan
Tukarkan masalah menjadi peluang
Itu yang sedang aku lakukan…

Keep your head in the game!

Saturday, December 6, 2008

lamanya tak blogging.lebih satu bulan.

Ok.okay.okayy. so, dah lama tak menulis nii… sebab apa ya? Entahlah… mood takde je kebelakangan ni. Tak tahu nak tulis apa. Sometimes, aku ada sesuatu nak ditulis. Tapi, tangguh punya tangguh… at last, mood untuk tulis tentang benda tu pon hilang. Patu, aku termangu-mangu. Apa la yang aku nak tulis ni sebenarnya…? 5minit cari idea tak jumpa-jumpa, fed up, tutup words, shut down computer, matikan suis, ahh… tensionnya! Nii lah akibatnya kalau suka sangat procrastinate… pom! Hilang idea…hueehh.

Aku minat tulis benda-benda tentang current issues sebenarnya… tapi, sejak dua menjak ni(maksud aku, sejak masuk dQ)… aku tetiba jadi orang yang malas nak ambik tahu tentang dunia luar. Entahlah… apa nak jadi ngan aku ni pon aku tatau. Balik rumah, barulah aku jadi macam katak baru keluar dari tempurung, macam rusa masuk kampung…heheh. To be honest, sebelum ni pon malas gak, tapi… terpaksa ambik tahu sebab aku nak tau! Kat kelas orang cakap pasal benda baru, kat kantin orang cakap pasal benda baru, kat padang pon benda baru gak! Uih… nak jadi apa aku ni kalau aku tatau sume ni. Tak de la kena dalam sangat… just, ada la benda yang boleh sampuk-sampuk sikit. Takdela ternganga je… emm, papepon mesti kena betulkan niat…

Ha, memandangkan aku dah lama sangat tak menulis… apa kata aku cerita panjang sikit. Tapi, kalau pendek gak… itu maknanya, aku da kekeringan idea la tu… ok.

1Disember2008.
Aku ada exam tahriri. Orang-orang yang terpilih je kena exam ni.heh? yalah… haiz, segan lak nak cerita tentang exam nii… aku? Takdelah segan mana. Cuma kalau ada budak dQ gak yang baca, mesti dia cakap; eyy, tak tau malu ke gtau orang lain?... tapi… entahlah. Aku paling tak suka lari dari kenyataan. Itu yang kau usaha, itu lah yang kau dapat. Buat apa nak segankan ur result, sedangkan kau tak malu dengan sikap malas kau tuu? ALLAH kan tengok kau punya usaha. Man jadda wajada… sape usaha dia dapat. Da usaha baru ada tawakal… waktu sem satu aku malas, tu lah hasilnya… nak menyesal? Silakan… selagi ada masa. Alhamdulillah durr sani untuk tahriri sem 1 berjalan dengan lancar… durr awwal untuk sem 2 juga berjalan dengan lancar. Alhamdulillah sekali lagi. (banyak-banyak pun apa salahnya kan?)

Abes je exam, kitorang( ramai ni…) plan nak men bowling. Aku, nak buktikan aku ni terer main mainan ni kat sahabat-sahabat ku. Diorang, nak kasi aku menyesal cakap aku terer. Maknanya, diorang lagi terer la ni. Ceh, belum cuba belum tahu okay! So, our destination… Mid Valley Megamall. Tak penah main kat sini. Yalah, rumah aku kan kat jB. Walaupun abah duduk kat Gombak… lepas beli tiket komuter, rehat la jap kat ktm punya surau. Tengah sedap-sedap(budak ‘tu’ sempat mengulang laa…hehe), tetiba kena ambush ngan kakitangan ktm. Ambush? Xde la… kena sergah la…
“dik, tak baca ke?”
“apa?”
“tuu…”
“Oh…” baru perasan dia da tampal siap2… ‘ dilarang berehat2 dan baring2 kat dalam surau ni!’ (lebih kurang)
“ lagi sekali nampak kamu semua tido2 kat dalam ni, siaplah!”
“Pom!”(ini bunyi pintu surau ditutup dengan kasar oleh kakitangan itu)

“camne? Nak kuar ke? Tak takut ke?”
“tak… ala, kita bukan buat benda pelik2… kita mengulang kann? Takut apa…” sambil mengacah-acah nak koyakkan kertas amaran kat dinding.

“zasss”
“huuuuh!” aku berlagak macam tak ada apa2 yang berlaku. Padahal dah terkejut macam ayam berak kapur!haha… lagi dua orang budak tu, baru terkial2 nak bangun tidur.hehe… kesiannya…
“adik! Kan dah cakap keluar, keluarlah…”
“ok…ok… sengih2 macam kerang busuk. Lepas mintak maaf kat kakitangan tu, kitorang pun keluarlah dari surau tersebut dengan rasa malu yang amat.

Hahaha. Tu lah… nak keras kepala sangat tadi… kan dah kena. Tapi, tu tak sedih sangat. Yang lagi sedih, komuter delay 2 jam! Ya ALLAH… lamanya nak kena tunggu. Bincang2, last2 amek keputusan naik bas ke Rawang, patu naik komuter sampai ke kl Central. Berpisah. Bowling cancel. Uhuh… hampanya. Hmm, takpelahh… mesti ada hikmahnya… insyaALLAH.

Sampai kl Central, naik lrt untuk ke Gombak. Alahai… bosannya jalan sensorang. Nasib baik bawak earphone. Boleh lah nak mengulang juzu’ 11.(alang-alang tengah semangat nak mengulang… ngulangla banyak2 kali)…hehe. Jap2… apa yang menarik ek masa naik lrt tu? Hmmm… takde kot. Atau aku da terlupa… tak kisahlah.

“wangsa Maju”
Uh, aku cepat2 kuarkan phone. Call abah. Alamak, abah ada meeting la… nampaknya, aku terpaksa naik teksi sampai ke Rebutia. Check dompet, ada lagi rm10+10+10+10+5+l(lebih kurang gak)…huh, alhamdulillah cukup.

Lepas topup rm10 untuk kad lrt aku kat terminal putra, aku terus naik teksi. Pemandunya orang Indonesia. Peramah gak dia ni. Bagus2… camnilah orang yang kita cari!hehe… dalam perjalanan tu… singgah jap kat kedai buku. Kecik je la kedainya. Menyesal lak tak turun waktu lalu klcc. Boleh pergi kinokuniya. Baru banyak pilihan… em, tapi buat pe nak menyesal. Benda da lepas. Patah balik? No…no… habis duit aku! Lepas 5minit belek2 buku kat kedai ni… tetiba hati terpaksa sangkut kat novel karya Noor Suraya. Tak kenal pon penulis ni. Tapi nak buat macam mana… dah tak de pilihan sangat… dan, aku memang pantang kalau cuti sem tak de beli novel pape… huhu. Rm20… cashier tu sengih2 kat aku. Dalam hati “ salah ke aku beli novel macam ni?” ‘surat ungu untuk Nuha’… cam jiwang lak. Patutla kakak tu sengih semacam je.haha.

Hmm… Alhamdulillah. Akhirnya sampai jugak aku kat abah punya kem ni… ummi ngan family sume ada kat sini. Sebab tu la aku tak balik jB…ok. Nanti aku sambung… ummi ajak makan laa.heheh=)

Saturday, November 1, 2008

alkisah




Salam.

Ini post yang bosan. Saya(tidak lagi ‘aku’…hehe) nasihatkan anda tidak terus menyoroti karya hambar ini. Cubalah teruskan kalau anda berani?! Saya tidak kisah.
*isk, padahal…padahal…padahal…

Kalaulah semua orang punya sifat ‘pantang dicabar!’ if only… mesti orang tu nak baca post ni. Lepas kena provoke ..tapi ramai kah yang ada? Banyakkah? Atau… wateverlah. Entahlah, biasa tengok kat t.v… hanya orang2 yang ‘bermasalah’ je yang selalu cakap; “kau jangan nak cabar aku! Nanti aku buat macam bapak aku buat…” manakala, orang2 yang ‘baik’ pula… lebih suka bersikap; “takpalahh…”

Haha. Pening tak ayat kat atas tu… jangan ulang pembacaan!saya dah pening cari apa punca ayat dia macam terbelit-belit. Dah. Takyah ulang lah. Huhu… ok. Macam saya cakap semalam, saya nak citer perjalanan balik ke rumah kan. Kalau anda bacalah. Ok, here it goes…

“pakcik, murah boleh???!!!!” yes2…ni kali kedua pakcik ni kena ngan saya. Hehe. Ingat senang ke nak mintak murah. Kitorang, kalau nak pergi komuter kena bayar rm8 sekali naik. Dulu, around rm5@6 je… waktu minyak naik, pakcik2 teksi sapu ni naikkan gak harga. Minyak turun, depa tamau turun gak. Kenapalah? Diorang tak kesian ke kat kitorang ni pelajar dQ? Mana kerja lagi… biasiswa pon selalu masuk lambat.


Walaupun ada sekelumit perasaan simpati kat pakcik Razali, sebab dia terpaksa menawarkan harga serendah rm5 untuk kami. Tapi, nak buat macam mana. Saya memang dah pokai sesangat waktu tu…:’(

Opss! Dah2… sampai situ je eh. Sekadar menunaikan janji. Hehe. Lagipun, start2 tulis… saya dah punya benda lain nak cerita..^_^

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita 2.

“ummi, kenapa rabiah kena sakit ni?”

Diam. Nafasnya berombak lemah. Beratnya sudah susut entah berapa kilo. Puncanya, keracunan makanan. Huhu. Kesiannya.

Mula-mula adik dia Faqihah kena. Jadi kurus kering gak. Dah tak tembam macam dulu. Tapi, still kiut ok?hehe… Rabiah pulak jeles tengok adik dia masuk klinik 2kali. Always cakap kat ummi kenapa dia tak boleh pergi klinik. Tak sakit memanglah tak boleh pergi klinik… jawapan yang simple dari ummi.

Tup,tup… semalam dia kena keracunan gak. Baru dia rasa menyesal sebab tak bersyukur. Bagus2. kecik-kecik lagi dah pandai ambil cari hikmah di sebalik kesulitan yang dialami. Entah apa lah yang akan dia tulis kat diari comel dia kali ni. Tak sabar nak baca!(hehe… diari budak darjah dua, memang boleh jadi lebih lawak dari maalah ujang eh!)


“beah, takyah lah nak tunjuk lemah sangat. Bukannya apa pun… ingat buat macam tu makin baik ke?”
Saya cuba untuk memberi kekuatan semangat kepadanya. Tapi, dalam hati… tahulah dia buat camtu supaya ummi dan abah lebih ambil perhatian kat dia. Saya juga selalu buat macam tu masa kecik2. Abes adik-adik lain ingat saya ni anak manja!haha… saya abang yang garang tahu.Grrrr,,,

Ah, now her condition dah makin worse lah! Risau pulak saya tengok. Ummi apatah lagi. Sampai nak skip program yang dia kena pergi sebab nak jaga Rabiah. Abah kata pergi je. Takde pape… Tapi, abah pon sama juga. Dengar cerita, dia cancelled program yang dia conduct kat KL minggu ni sebab anak-anak kecil dia sakit. Kesian Rabiah. Tapi, kesian lagi kat ummi. Huhu… sedihnya. Rasa cam tak nak balik esok. Tapi, dah janji ngan ustadz nak tebuk juzu’ sebelas. Alahai… nil ah akibat main janji2. tho, hanya cakap insyaALLAH. Janji mesti ditunaikan. Janji.

Tadi, rabiah’s wish came true. Dia nak sangat pergi klinik 2kali macam faqihah. Sekarang dia dapat. But, dia not happy at all. Saya cakap, “kan awak nak sangat pergi klinik, gembiralah sikit.dia ni… senyumlah” haiz… ape punya lawak bodoh saya cuba buat. Hampeh. Dia senyum tak, marah pon tak. Dia pusing kepala dia perlahan2, tengok mata saya. Pejam. Pusing tempat lain. Ces, budak darjah dua ni. Citer korea mana pulak dia sangkut.

Btw…btw… lupa nak gtau. Rabiah kekurangan air di samping keracunan makanan. Entahlah. Doktor cakap biasa je. Tapi, Rabiah punya reaction terhadap penyakit tu, buat semua orang kat dalam rumah ni risau tengok dia. saya cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Tapi, takleh… lahh.

“uwwek!...buekkk!!” urp, saya pon nak termuntah. Tengah urut-urut rabiah, tiba-tiba dia muntah. Habis kena baju ngan seluarku yang baru berganti. “uwekkkk!” ah… lagi sekali. Ha, handphone sonyku!!! Oh, tidak…. Alhamdulillah takde apa2. nak basuh tak? Hehe… gilakah?

Eh, sampai sini je lah… nak tolong ummi jaga rabiah. Huhu. Doakan dia cepat sembuh ya! Syafakillah ya Rabiah. Ini semua ujian dari Rabb mu… sabarlah=)
(uqbah baik tak Rabiah???haha)

Friday, October 31, 2008

Syukurku Hanya PadaMU

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh.

My uppermost gratitude goes to ALLAH s.w.t for all the blessings HE has been giving we all this while.

Oh ALLAH… how do I express this feeling to you? I do have enough of reticence…:’(

Alhamdulillah… semalam, Husnul Khatimah! Heheh… wah, tidak dapat diinterpretasikan perasaan ini.heheh.

Sahabat, mari kita berkongsi kegembiraan ini bersama-sama. Jom sujud syukur~ Sesungguhnya ALLAH telah menggembirakan hati temanmu ini. SubhanALLAH walhamdulillah wala ilaaha illALLAHu wALLAHu akbar:’)

“fasubhanallazi biyadihi malakuutu kulli shay’in wailaihi turja’uun”

صدق الله العظيم

“anta dah mengulang juz sebelas? Esok boleh tebuk?”

“esok? Macam tak lah… Isnin insyaALLAH…^_^” hehe… sebenarnya nak balik rumah. Skip hari Jumaat punya kelas!tak baik betul…kesian ustadz. I feel sorry for him. Isnin ni, insyaALLAH ustadz boleh berbangga dengan aku! I hope so…

Semalam, genap 10(ini angka) bulan aku kat dQ. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan pencapaian diri ini. Kecuali satu… aku dah habis muqarar semester2!

Biarlah apa orang nak cakap. Ini perjuanganku. Ini usahaku. Mereka tidak tahu aku pernah berputus asa. Selama 2 semester aku bertarung dengan konflik jiwa yang teramat berat. Sangat menganggu-gugat ketenteraman jiwaku. Meragut konsentrasiku sedikit sebanyak… Aku selalu merasa tidak layak untuk memegang kitabullah yang agung. Pointer sem1 pun cukup-cukup makan je untuk aku meneruskan pengajian di darul Quran…

That’s why I’m disheartened,
Discouraged to move on,
Demotivated to continue studying…

But, despite feeling like that… I’m still moving on.

I’m telling myself

If I couldn’t do it for myself, then I have to do it for her.

I have to do it for my mother.

Yes, I can’t let her know that I’m giving up already.

Hence, I’m still keeping on… Battling on… Moving on…

Satu muka ke satu muka
Satu maqra’ ke satu maqra’
Satu juzu’ ke satu juzu’

Move
Move
Move

At last, I’ve finished my tasmi’ until Yaasin. 23rd juzu’ of the Holy Qoran. Hadiah paling bermakna buat diriku. Saksi segala pengorbananku. Thanks GOD!

9:17/ 30-10-08
detik bersejarah dalam hidup
alhamdulillah…

‘ecece… call je lah… message buat apa?’

‘happy lah tu…’

‘oh… mentang-mentang dah habis… sombong eh!hehe…’

Aih… diorang ni. Jeles lah tu!haha:P
Anyway, thanks my dear friends… for all your endless support. Samada korang sedar atau tak. Samada korang sengaja atau tak. Aku amat menghargai segalanya. Teman sejati ya! Uih…teringat kat suhaib,fahmi assuhaimi, hilmi husman, fazli, shakiq, rajaKing…musytak ilaikum jiddan! eh, bukan ku tak ingat kawan2 yang masih kat dQ ni. Korang selalu jumpa. Tak yah nak rindu2 lah.hehe

Oh ALLAH… kupanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran padaMU. Izinkan ku menghafal keseluruhan kitabMU dan mengamalkan segala isinya… ya Mujibu ajib dua’ani…amiin.

*psst: nak dengar rahsia tak? Akhir sem1, aku ada call coordinator uia-dq, Ustadz Majid. Telling him that I have made my decision. I want to quit from dQ. He said, I need to wait until Nov to enter CFS cos I’m too late for June intake… However, wamakaru wamakarALLAH… ALLAh masih beri peluang pada diri ini untuk menghafal Quran. Ya Tuhan… terima kasih atas kekuatan yang KAU berikan.

ALHAMDULILLAH

‘hah, jadi tak balik rumah?’
hehe… ini soalan cepu emas dari incik monitor.jap2, cepumas atau cepu emas yang betul ek?haha… jahil sungguh aku ni.ow ya, ‘kesian’ also goes to Nizar Amsyar b. Md. Zaki. Ketua kelas kelas ku sejak sem1 lagi. Siapa berani nak bertanding ngan dia. Hafiz sejak form 3 lagi… dat’s why la jawatan ni tak pernah bertukar tangan sampai sekarang.:P
huhuh… semput dengar ceramah free. Dia cakap(lebih kurang).
“hang ni, jangan lah balik. Kalau nak balik tunggu lah dah masuk bulan sebelas. Esok kan bulan sepuluh lagi. Sekarang dah ketat lah peraturan. Boleh tak datang 7 kali je kelas sampai hujung bulan ni dari sem2 dibuka. Baik fikir baik2. Nanti kena apa-apa, sape yang susah? Ish…”

“ala…(hehe, ayat lazim ni). Kalau esok, sampai2 dah malam. Sabtu rehat2, ahad pagi dah balik. Macam tak cuti je. Huhu.”

Last2, aku balik gak. Tak tahulah nizar kalah atau aku yang menang. Hehe. Aku rasa Nizar yang menang. Sebab, dia dah tunaikan tanggungjawab dia sebagai kertua dan kawan. Kan Nizar kan?hehe… Sejak masuk dQ ni, perkara paling sebati ngan aku ialah… kalau dapat achieve apa –apa, aku mest balik rumah! Yaya… haha. Sujud syukur, of course lah. InsyaALLAH…

Quoted from Puan Khalilah, my English teacher(lebih/kurang)
“home. No matter how bad it is, u’ll feel relief when you are there!”

betul3.hihi.

so, dengan kepulanganku ini… tiga benda aku dah skip. Here, I jot it down.
1. English class.(afternoon session)-thurs
2. Tasmi’ class-fri
3. SUKFAZ(sukan for huffaz2 kat dQ)

Btw…btw…btw, ku nak gtau. Sukan yang aku skip ni kan, aku masuk table-tennis double. Partner ngan shukri. Juga, masukkan air dalam botol! Haha… i’ve talent in both. Betul ni. Takde ipu-tipu. Tanya ummi ku. Hehe… ahli rumah biru sekalian, jangan rezak dengan ku ya!hehe… ana mintak maaf banyak2!

Sampai sini kot. Kalau rajin insyaALLAH aku post tentang apa yang aku rasa, lihat, dengan, hayati sepanjang perjalanan ke rumah. OK. Till here…

WALLAHua’lam bissawab.

Wassalam=)

Friday, October 24, 2008

Aku bukan seperti dulu!

Aku bukan seperti dulu!

Tidak adakah satu detik, atmamu berbisik?

Suara hatimu meronta menidakkan noda itu

Walau pada zahir ia kelihatan cantik

Tapi nafas dosa itu tetap bergema di hati

Fitrah sucimu mengungkapkan bahawa

Satu kesalahan itu pastinya dosa

Satu kesucian itu perlu dipelihara

Sedarlah jiwa, bangkitlah jiwa!

Rungkaikan segala dosa itu!

Dengan tangisan taubat dan seruan islah!

Islahkan dirimu dan islahkan bumimu!


Aku kala ini berada di hujung makmal computer di Darul Quran yang entah kali ke berapa aku di sini.. memikirkan bahawa diri ini tidak boleh lagi seperti dulu. Aku punya wawasan hidup, aku punya cita-cita, aku punya impian.. lantas satu titik mula harus dibuat.


Entahlah.. aku kian tersentuh acapkali mengenangkan tazkirah yang diberikan oleh abang Amir Hafidzi.. seorang perwakilalan di Darul Quran ini. Katanya..dulu ada seorang pelajar di sini suatu ketika dahulu sangat kuat hafalannya. Namun, dia juga merupakan seorang yang ‘asi(seorang yang berterusan melakukan maksiat).. suatu hari, kawannya bertanya; “maksiat apakah yang tidak pernah kau lakukan? Tetapi, mengapa kau mampu mengingati al-Quran dengan sempurna?” Lantas abang itu menjawab; “inilah istidraj!” ya ALLAH.. angin apa yang menyapaku. Bibirku tidak henti-henti beristighfar. Apakah abang tersebut sanggup mengatakan bahawa segala kelebihan yang ada padanya merupakan istidraj yang diberikan ALLAh untuk menambahkan kesesatan atas dirinya?!


Ya ALLAH, jauhkan aku dari azabmu…


terus aku mengenang segala perlakuanku, akhlakku, ibadahku dan segalanya tentang diriku. Betapa banyak nikmat yang ALLAH berikan kepadaku. Sedangkan aku masih lalai dengan dunia yang fana’ ini.. ya, dunia yang fana! terlampau bayank tipu helah di dalamnya.. aku bukan pelakon utama dalam pentas lakonan dunia. Anda juga bukan.. semakin tinggi darjat ketakwaan anda semakin tinggilah taraf anda di atas pentas ini.. pentas kehidupan..

Aku seorang yang penakut..
Ketakutan ini kurasa telah memjagaku sekian lama..
Aku takut..
Andai ALLAH mengujiku dengan ujian yang aku tidak mampu menanggungnya..
Andai ALLAH mencabut nyawaku saat aku langsung tidak mengingatinya..
Andai ALLAH mengazabku dengan azab yang pedih,

Namun, aku juga manusia. Makhluk yang terbaik penciptaannya.. tapi tidak sempurna. Aku punya banyak kelemahan yang harus diperbaiki.. kekurangan yang seharusnya diatasi bukan dijadikan batu penghalang. Bukan juga dijadikan sebagi alasan untuk terus terkurung di ruang zulmat! Bebaskan dirimu, bebaskan mindamu.. akhi, enta hurrun!


Alhamdulillah atas segala nikmatmu ya ALLAH.. Engkau cinta agungku.


Em,jam menunjukkan pukul 1121. Kedengaran bunyi komputer mematikan dirinya.. aku kenal amat bunyi itu. Barangkali ada yang sudah usai tugasnya. Aku juga harus begitu.. rasanya tempat ini akan ditutup jam 1130.. aku tidak pasti. Itulah kelemahanku.

Minggu ini akan berakhir, kemudian disusuli minggu hadapan.. aku benar-benar tidak sabar menghabiskan muqararku... Ah, indah saat itu! Lepas ni… boleh lah nak fokus kat iadah lak.huhu.

Hmm.. penulisanku agak mendatar kali ini.. fikiranku bercelaru, namun bukan buntu..ya, kali ini agak hambar. Anda menyedarinya bukan? Entahlah.. . Susah untuk jelaskan mood ini. Kerna, ianya sukar dicipta...

Haiz.. alamak. Inilah akibatnya menggunakan komputer tanpa mendaftar. Aku mengambil tempat orang lain.. alahai. Yah, I think I have to go now. Ada orang menunggu untuk komputer ini..

Biar apapun,

Aku bukan lagi seperti dulu!

Alamak.sedeyy nya. Huhu.. server down pulak kat smart lab ni.. seriously, sangat hampa.camne nak post ni?? Sabarlah uqbah.. ada hikmahnya. Ok.. let’s talk about tasmi’.. ape cerita?

Tamau.. tanak cakap. Target macam nak lari.. lari ke depan atau belakang? Hish, takyah ar tanya.. kalau perjalanan tasmi; selari ngan target.. itulah namanya kejayaan. Kalau lebih? Juga tak tahu.. takut, andai tetiba naik dan turun iman ni.. prestasi hafazan pun terikut-ikut.

Hmm,, sahabatku semangat mahmudah..

Sentiasalah bersamaku.. jangan biarkan dirimu kalah dengan nafsu yang selalu cuba menguasai diriku. Aku benar-benar memerlukanmu untuk mendekatkan diriku pada ALLAh. Kamu tahu itu kan? Mengapa kau harus jadi tidak setia?! Meninggalkankau terkapai-kapai di lautan noda? Tidak sayangkah kau padaku??

Aku sayang kamu!

Satu-satu,

Sayang pada ALLAH..

Dua-dua,

Sayang Rasulullah..

Tiga-tiga,

Sayang ummi abah..

1,2,3 sayang semuanya…!


ok. Connection da tak de masalah. alhamdulillah...

ow ya... memandangkan aku dah ada azam baru. Aku tak jadi balik rumah hari ni. uh, jarang sungguh aku tak balik kalau ada cuti. tapi, nak buat camne. fikir-fikir balik, kalau aku balik rumah, lagi banyak negatif daripada positif. aku bukan pessimist. tapi, itu dah macam satu hakikat. Biar berkobar mana pun aku punya semangat, tinggi mana azamku, segalanya macam angan-angan kosong. Lenyap sekelip mata. Sangat sedih. Macam abah cakap, aku macam nak 'balas dendam' sebab kat dQ tak de internet, takde citer-citer korea, takde sesuatu yang dilabelkan hiburan. Pastu aku macam nak enjoy giler-giler kalau balik rumah. Terasa gak. tapi, sangat sekejap. Disapa angin, hilang. aku tahu aku tak sepatutnya begitu... ya ALLAH bantulah aku untuk mengislah diri ini.

Masa benar-benar suntuk. ok lah

Wassalam^^

Saturday, October 11, 2008

Esok, jihadku bernafas baru!

Assalamualaikum.

Esok, insyaALLAH saya akan balik ke dQ. Menaiki bas yang saya tidak tahu 'jenama'nya. Mengharapkan perkhidmatan yang terbaik oleh pemandu dan syarikat tersebut memandangkan saya ialah customernya. Entah, saya tidak tahu sebab apa pakcik saya membelikan tiket 'jenama' ini... janganlah ada banyak masalah. sebab, sebagai orang Melayu... saya merasakan Transnasional(tidak-tahu-ejaan) satu-satunya berkenan di hati. setakat inilah. Bagi saya terdapat dua sebab.
1) Syarikat ini diuruskan oleh orang Melayu
2) Syarikat ini dah lama bertapak( dat's y la ramai orang yakin ngan dia)

so, esok... pergi ngan pakcik saya ke Sri Putri pada pukul 8a.m. memandangkan dia ada kuliyah kat UTM pukul 830. Ikutkan hati memanglah tak nak sebab bas saya pukul 1000. dan semestinya bas tersebut akan sampai ke sri putri lebih kurang 15 min dari tempoh yang ditetapkan. Rasanyalah. Ummi tanya, boleh tak? tapi, kalau jawab boleh atau tak, still tiada apa-apa yang akan berubah. Budak ini tetap kena balik pada hari esok dan perlu menumpang pakciknya untuk ke stesen bas kerana ayahnya sedang bekerja di Kuala Lumpur.

"new gama agency" terkebil-kebil mata tengok nama syarikat ni tadi. haha... tak prnah dengar. ok. sekarang ni sangka baik dulu la. Ni maybe syarikat omputih yang amat menjunjung physics dalam idupnya. terlampau obses dengan topik radioactivity form5 sampai sanggup menamakan syarikat dengan nama tu. then, pakcik drebar itu mesti orang melayu...idup melayu?haha...hmm, kemungkinan yang mustahil. tapi, kita tunggu dan lihat ya!

Next, mengikut perancangan... bas yang dinaiki akan mendarat dengan selamat(insyaALLAH) di lapangan bas seremban pada pukul 2 petang. Solat-solat jap, kemudian menaiki kereta panjang dari seremban ke rawang. Tempoh, 2jam. Baik. Seterusnya, menaiki bas Mara Liner dari Rawang ke Kuala Kubu Baru yang indah, 45min. perjalanan yang lama dan memenatkan. Lagi-lagi sewaktu dalam badan incik komuter. Urgh... bau yang pelbagai, kesendatan macam tin sardin terutamanay ketika melalui mid n klCentral dan kehangatan atmosfera mengalahkan gurun sahara benar-benar menguji keimanan.Rasanya pukul 6 insyaALLAH sampai dQ... patu selesaikan sengketa dengan bapa guard kerana keluar secara illegal dari dQ, dan meneruskan perjalanan kaki ke bilik teristimewa.

perkara yang sama sentiasa berulang apabila balik ke rumah dan dQ. Tipulah kalau cakap tak hafal... hehe.

Tapi, kali ni... kepulangan saya ke dQ macam dah ceria lah. Sebab rumet da berhenti dQ. Dah lama dia berhasrat nak buat macam tu... Akhirnya, tyme Ramadhan hari tu... dia mengisytiharkan kekeluarannya dari bumi dQ. uh, tatau nak cakap apa. Memanglah sedih, tapi bukan boleh buat apa... dia dah tiada jodoh ngan tempat ni. Cakap berapi kat dia, pujuk macam nak ugut pun... tak gune da. huhu. Tinggallah saya kat bilik pusaka A5* itu sensorang. pasnih, takde lgi dengar dia call kekasih dia(em, pernah curik2 dengar...huhu), jamming bernasyid malam sabtu sampai saya terpaksa tidur kat tempat lain, minum air teh dia yang macam tak taruk gula(maybe dia tengah angau kot...), tengok dia tulis khat n sajak sampai pukul 3pagi, pergi kelas lambat sesame, qoilulah lepas dengar azan zohor... sedikit rindu lah. Walaupun tak pernah berbual-bual ngan dia, coz... sangat membenci pergaulannya dengan banat yang agak longgar, tapi saya tetap menyayanginya kerana agama. Nak sangat tegur, tapi... mesti dia balas balik. tak tahu sampai bila nak kumpul kekuatan terus-terang kat dia yang dia buat tu salah, patutnya macam tu, macam ni... ingat naik cuti ni dah boleh. Tiba-tiba, dia dah takde... terkilan sangat! banyak-banyak perkara, saya rasa dia sangat jujur terhadap percintaannya. Namun, apalah guna kalau cinta tu disalurkan dengan cara yang salah. Kalau dah tak tahan sangat, kahwin je la... kenapa dia tak buat? sedangkan keluarga dia mampu... kalau rasa dia tak layak dan tak mampu, tak yahlah nak bercinta...

ish, moga dia diberi petunjuk oleh ALLAH. Lagipun, dia nak fly ke Mesir 21Oct ni... katanya dapat biasiswa mende ntah, untuk pelajar yang dapat spm 7a ke atas. Foundation setaun kat sane patu amek syariah kat al-Azhar. harap-harap dia berubahlah supaya tak jadi fitnah buat hamlatul Quran dan pelajar syariah. insyaALLAH...

Ok. Nampaknya esok, medan jihad saya akan bermula. Kepada anda semua, saya doakan yang terbaik, moga dirahmati ALLAH selalu... amiin. em, doakan saya juga ya! hmm...punya kekuatan untuk menghafal alQuran.insyaALLAH.

Salam Eidul Fitr, maaf zahir dan batin...^_^

Till we meet again, farewell my friends...

Au revoir. Bon Voyage. Cau. Nashledanou.

Ilal liqo', wassalam=)

Solat-tiang-agama

Assalamualaikum.

Em, cutiku hampir berakhir. Cuma berbaki 2 hari sahaja lagi. Nampaknya, saya harus lebih serius selepas ini.Memandangkan peperiksaan semesterku akan bermula pada bulan hadapan. Banyak muqarar yang harus dikejar. Saya sudah serik dengan kealpaanku pada semester lepas. Baik. Saya tidak ingin berbicara panjang. Sekadar ingin berkongsi berkaitan solat.

Rasululullah s.a.w. ada bersabda:
‘ALLAH hanya menerima solat seseorang sejauh mana hatinya menyertai solatnya’

Untuk membantu seorang musalli supaya khusyu’ dalam solatnya, maka pemahaman terhadap setiap bait kata dan lafaz dari mulutnya amatlah dititikberatkan. Namun, ramai dari kalangan kita begitu sibuk sehingga tiada punya kesempatan waktu untuk memahami dan mengetahui makna di sebalik zikir, doa dan ayat alQuran yang diucapkan sepanjang solat. Hatta, alFatihah juga ramai yang tidak mengetahuinya. Saya bukan berbicara atas angin. Anda punya masa untuk membaca post saya ini, seharusnya punya masa untuk memahami ibadah wajib yang satu ini.

Untuk pengetahuan anda semua, di antara punca penyakit dan kelemahan umat Islam yang sangat ketara pada zaman ini adalah kerana kualiti solat mereka sekadar melepaskan batuk di tangga. Asalkan tidak meninggalkan, maka itu sudah cukup bagus bagi mereka. Sedangkan, hati mereka menerawang entah ke mana, meninggalkan jasad seperti boneka berdiri, sujud dan rukuk tanpa ada penyertaan jiwa dan kekhusyukan dalam hati.

Baginda s.a.w. juga ada menyebut, ‘ilmu yang pertama kali diangkat dari muka bumi ialah kekhusyukan’(HR: Thabrani, sanad Hasan) Baik. Terdapat dua makna yang boleh diterjemah dari hadis ini. Pertama, khusyu’ merupakan ilmu yang pertama ditarik. Kedua, khusyu’ merupakan satu cabang ilmu. Tapi, ramai manakah intelek di dunia ini menganggapnya sebagai suatu ilmu. Ilmu seharusnya dkaji, diperhalusi, didalami dan diperbahaskan bukan? Saya tidak menyuruh anda melakukan semua itu, cukup sekadar anda belajar untuk khusyu’ dengan memahami setiap yang anda lakukan di dalam solat dan menunaikannya di awal waktu. Bagaimanapun, andai anda punya kelapangan silakan. Saya orang yang terakhir yang akan menghalang anda melakukan itu.

Em, bukan tujuan saya ingin memberi tazkirah berkaitan ibadah fardhu yang merupakan amalan yang pertama sekali dihisab di akhirat kelak. Kerana saya tidak punya ilmu yang meluas berkaitan hal ini. Juga hal-hal lain. Sekadar ingin membangkitkan kesedaran semua dan diri saya. Hanya itu yang termampu oleh diri ini… marilah sama-sama memperbaiki ibadah ini. Semoga amalan kita diterima.

Dunia ladang akhirat. Gunakan sebaiknya.

Hmm…
Dalam AlQuran…ALLAH berfirman,

‘Dan celakan orang yang solat iatu orang yang lalai terhadap solatnya’(Surah Al-Maun, ayat 4,5)

Nauzubillahiminzalik. Moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang orang-orang sebegini.

Thanks kerana membaca.

Wassalam.

Tuesday, October 7, 2008

penantian

Salam.

Pagi tadi, ummi pergi ke Melaka. Atok sakit… katanya ada jangkitan kuman kat paru-paru. Dah lame atok tak sakit. Semoga dia cepat sembuh. Ummi ajak gak, tapi… ntahlah. Macam malas-malas + segan. Sebab, ummi pegi ngan adik dia. Lagipun, malam tadi dah azam nak struggle betul-betul hari ni. Em, just peruntukkan 1 jam siang, 1 jam malam untuk internet. T.V?? dah kena terbalikkan ngan ummi. Sebab, tak nak kasi sesiapa tengok memandangkan ada budak kat dalam rumah ni nak PMR… lagipun, saya memang tak minat langsung tengok t.v. except, cerekarama… kekadang sangat menyentuh hati. Ada la kualiti gak citer Melayu ni…huhu. Lain2, sambil makan n minum je la…

Dah dekat pukul 12 tengah hari. Fahmi tak call2 lagi. Dia cakap nak ziarah ustaz dan ustazah sebelum fly esok. Haiz, mane la dak ni… jangan lupa sudah. Walaupun tak menunggu sangat, tapi… tetap dipanggil menunggu. Nak call dia ke? Takyah la… nanti macam kita nak paksa dia datang pulak. Lagi bagus kalau dai datang 100% sebab kemahuan sendiri. Takdelah kita rasa bersalah kalau tetibe dia macm takde mood atau boring ngan aktiviti ‘menziarahi guru’ ni…hehe. Sambil-sambil tu, saya kemas la bilik sket. Baju, kebanyakannya da minta tolong abah bawakkan ke K.L. sebab, ayah saya memang kerja kat sana. Nanti balik dQ naik bas tak perlu la bawa beg berat-berat naik bas. Kan?

Takpelah, dia tak datang pon sokey. Lagipun, saya ada banyak hal yang nak kena selesaikan ni.
Tadi, baru je siap solat Dhuha. Dah lame gak lah tak buat… Sebelum ni, abah ada kat rumah dia mesti tanya dah solat dhuha ke belum. Saya senyap je. Tapi, tak buat jugak. Coz… saya tak tahu kalau saya buat tu, sebab abah atau ikhlas kerana ALLAH. Kalau dulu, lain lah… saya memang istiqamah gak lah dengan Dhuha ngan taubat ni. Jadi, itu dah kira amalan yang sebati dalam idup. So, suruh atau tak, saya tetap akan buat. Sejak masuk dQ ni, makin kurang lak… mungkin sebab kat dQ sangat terjaga dan saya rasa saya tak banyak buat dosa. Tapi, itu yang lebih BAHAYA!!! Saya kena cepat-cepat bertaubat. Mana ada manusia yang terlepas dari dosa. Dosa hati, lisan, mata, telinga, semuanya boleh datngkan dosa. Sedar atau tidak sahaja…

Sebenarnya, dengan amalan-amalan sunat ni la datangnya keberkatan dalam hidup. Dengan keberkatan dalam rezeki, kita tak akan lupa pada TUHAN biar senang atau susah, hati sentiasa tenang dan tenteram. Bukan semua orang kaya punya perasaan yang aman. Beli kereta BM, always fikir tentang tu. Takut kena curiklah, ada orang khianatlah, sampai nak solat, makan, semuanya fikir pasal kereta. Kereta.kereta, kereta… bila ALLAH tarik kereta, terus macam nak gila. Sebab dalam hati ada benda tu je…

Usia juga ada keberkatannya. Umur yang berkat adalah apabila umur pendek tapi banyak pahala. Bukan umur yang panjang, dosa bertimbun-timbun. Apa guna hidup macam tu… sebab akhirnya kita akan kembali kepadaNYA… itulah gunanya kita berdoa agar punya keberkatan dalam hidup. Tidak hanya berdoa agar dipanjangkan umur.

Jom sama-sama kita doa agar dapat istiqamah dan thabat(tetap teguh) dalam amalan-amalan sunat ni. Kata Syed Qutb, 'Thabat Huwa Nasr'. Thabat itulah kemenangan. tapi, janganlah di sampingkan pula amalan wajib...

Cumanya, penentu thabat ini hanyalah Allah. Allah yang menguji, dan Allah juga yang bakal memberi anugerah thabat. Doa dan sabar, itu ubatnya.



Ok. Lagi 5 minit nak pukul 12. saya nak kena mengulang hafazan yang lepas-lepas ni…

wassalam

haha.. baru nak publish, fahmi dah call...

'assalamualaikum'

'ha? okes...'

I think i've made my mind

salam



ok.saya da buat keputusan. i'll reveal my identity. Since i also feel weird when talking with strangers. It's such a boring conversation. what's your name? where do you live? what are doing now? that's the basic introductions that must be had when we first met someone(if we want to be his friend lah)... and suddenly, you just said ' erk, that's my secret!'



OMG... so, why u have an i.c instead of keep your identity as a secret. You are not secret agent from F.B.I. You also not a politics thingy blogger in fact. You are what you are. Life is too short to be others. mynameis...Q. ok, so you think Q is better than Uqbah? or, u just feel free to be worse than he actually is? yelah, people out there do not know who you are kan kan??



Huh, banyaaaaaaaak chaaaaaantek awak! no no no... Q, just be yourself. you are Uqbah. Uqbah needs to be a good person. Good slave to his GOD, pious son to his parents and good example to his siblings. that's he is.

kesempatan yang sempat

salam



erm,



akhirnya... segerombolan lagi pelajar dQ da fly.diorang ni, pelajar JPA-medic Mesir.huhu. Saya betul-betul lupa.mujurlah saya terbukak fs. tadi, saya baca article tentang friendster ni... rasa terkesan jugaklah. baru rasa nak delete je... sekarang rasa macam tak nak lak. sebab, kalau pandai guna, insyaALLAH ada manfaat. everything have their own prons n cons. depends on our purpose lah...

anyway, alhamdulillah sempatla wish 2 orang. satu via call, satu lagi sms. satu lelaki,satu perempuan. satu kawan baik, satu tak. satu betul, satu salah. ya, memang salah. tapi... erk, saya tiada sebab untuk menghalalkannya.

saya call yang lelaki ni. uh, naseb baik blom fly. 1150p.m. saya ingat saya dah terlewat sesangat...

'tet...tet...'

''assalamualaikum''

''waalaikumussalam... ceh, ingat lupa tadi! ei... dia ni!''

''haha... sori lah. ana betul-betul tak ingat. ntah cane tetiba teringat. so, bila fly ni?''

''nak fly la ni... kat dalam flight da pon!''

''haha... marah ke?! sorry2... em sape kat sebelah?''

''hehe...sokey.faris/haris(saya da lupe lak... short term memory lost! ah...)''

"ow, ana kenal tak?"

"kenal sikit..."

"hah, camne leh kenal?"

"eh... enta tak kenallah...huhu."

"huhu...tautakpe. ei... ape la. ow ya duduk kat ne?"

"sebelah tingkap, dekat dengan pintu kecemasan, sebelah tingkap... bes la gak!"

"haha... bes???"

"nape?"

"haah kan, nanti senang nak selamatkan diri!haha..."

"oit, ada ke cakap macam tu..."

"hehe... takdelah. ana doakan selamat pergi n balik, okay. lagi, semoga tak yah guna payung terjun! haha..."

"hehe... banyaklah. doakan tau"

"baik. ana doakan anta. em, doakan ana jugak eh"

"ok2... eh, dia da bising lah. da nak terbang ni... mintak maaf salah silap ye..."

"ok, same lah.huhu... assalamualaikum"

"hehe... waalaikumussalam"

fuh... em, snanye panjang lagi. tapi, da tak ingat... lagipun tak penting kan.

lepas tu, try call 4, 5 nombor lagi... haiz, semua da off kan ph0ne memasing...

tetibe je, timbul satu idea...

'salam. da nak fly kah? em, semoga selamat. maaf atas segalanya... wassalam'

saya hantar kat banat ni. dia satu-satunya banat dQ yang saya ada nombor dia. In fact, satu-satunya perempuan kot. mak ngan akak saya tak kira lah, ok. so, lepas ni, memang bersih la phone saya dari nombor-nombor banat. alhamdulillah... huhu.

-message delivered-

uh, lega...

trrt...trrt...

'ws. thx. em, minta maaf salah silap juga. doakan kitorang eh.slm'

'haha...ok.'

Monday, October 6, 2008

niat kamu

salam

still post raya.

saya bosan. tapi. tiada pilihan.anda bosan.anda ada pilihan.

so, depends on you nak continue ur reading atau tidak. Okay?

baik.

semalam saya ikut family raya lagi.

hari ini juga.

esok mungkin.

err...

ah... penat~

islah nawaituk!

kalau tak, sesia je penat.

mind setting kena betul.niat kena ikhlas.

"sahaja aku raya kerana ALLAH. em, bukan untuk duit raya."

kudrat terbatas.kepenatan semakin menggila.diri ini hanya manusia.

bismikALLAHumma ahya wa amut... amiin

wassalam

Saturday, October 4, 2008

kesedaran ini~



Bismillah.

Salam…

Maut.

Entah, sejak kebelakangan ini… saya rasakan saya sudah semakin jauh dengan kekasih hati. Saya dah banyak kali melupakanNYA, mengabaikanNYA, malah melanggar perintahNYA. Saya… ah, amat sukar untuk merungkai kekusutan hati ini. Saya tidak punya kesedaran kah?

Dulu… saya dapat rasakan bila waktunya saya amat dekat denganNYA, bila saya sudah menjauh dariNYA. Tapi sekarang, jiwa saya sangat kosong. Ruang hati saya tidak terisi dengan cintaNYA. Saya seharusnya menyedarinya awal-awal dulu…

Malaikat di bahu saya tidak henti-henti menulis diari amalan saya. Diari yang berterusan bertambah dari saat ke saat, minit ke minit, jam ke jam, hari ke hari, tiada henti. Hinggalah ke penghujung nyawa saya. Saat maut datang menjemput. Saat itu, saya sudah tidak punya apa. Hanya cintaNYA yang saya harapkan. Namun, layakkah diri ini mengharapkan cinta teragung datang singgah di hati pada saat getir itu? Andai jasad ini tidak menghargainya saat masih kuat bernyawa?? sememangnya… saya benar-benar insan yang hina!

Insan yang mengimpikan untuk mati syahid, tapi punya hati yang cinta kepada dunia. Takut akan kematian kerana cinta pada dunia! Mengimpikan kematian kerana tidak memperoleh dunia! Insan yang gila! Saya marah pada diri sendiri… saya marah kerana akal saya sentiasa tunduk pada nafsu, hati saya sentiasa kalah pada tipudaya syaitan.

Kalau saya mu’min, kenapa saya masuk lubang yang sama berulang kali?? Rasulullah pernah bersabda, seorang mu’min itu tidak akan masuk lubang yang sama sebanyak 2 kali. Tapi saya, lebih dari dua, lebih dari tiga, lebih dari itu… terlampau banyak dosa yang diulang-ulang. Penyesalan yang bagai embun di hujung rumput, pabila matahari naik meninggi, terus hilang mengering. Bagai munafik!

Saya tidak mahu jadi munafik. Saya tahu, siksaan kepada orang yang munafik sangat pedih. Saya hanya manusia biasa, mana mungkin saya dapat menanggung azab yang ALLAH berikan di akhirat kelak. Saya sangat takut… tapi, saya cepat lupa diri. Kenapa saya ni??????????

Saya nak jadi hafiz yang ikhlas. Dulu, saya tidak pernah bercita-cita menjadi seorang hafiz alQuran. Saya selalu memandang dunia dari kacamata nafsu. Penyakit al-wahn mebutakan mata hati saya. Saya mencintai dunia dan benci kepada kematian. Semoga penyakit ini akan terus hilang dari diri saya. Dan, saya akan terus menghafal al-Quran hingga ke ayat yang terakhir, insyaALLAH. Saya akan menjaga kalam suci itu sebaiknya.

Moga, saya, ummi dan abah, ustaz dan ustazah, kawan-kawan dan semua umat Islam punya tempat terpuji di sisi ALLAH. Syurga yang abadi. Itu doa saya… Moga ALLAH memperkenankan. Amiin.

Ya ALLAH, hambaMU ini benar-benar mengharapkan cinta Mu mewangi di taman hati ini… setelah sekian lama ia pudar.

Persijilan DQ-UIAM

Assalamualaikum
TAWARAN PROGRAM PENSIJILAN DARUL QURAN (JAKIM) DAN IIUM
Pihak JAKIM melalui Darul Quran telah lama mengadakan usaha sama dengan IIUM bagi mengadakan program Pensijilan (Tahfiz). Bagi pelajar yang berminat sila clik pautan berikut bagi memuat turun iklan, panduan dan borang bagi program tersebut.

Friday, October 3, 2008

no Topics-raya

Bismillah.

Salam…

Ok. Saya dah dapat kenalpasti kelemahan saya tau. Aset dalam kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Kekurangan apabila menjadi seorang penulis. Fokus. Entahlahlah… sebagai pelajar, saya dapat rasakan yang daya penumpuan saya sangat tinggi. Em, saya saya seharusnya bersyukur kan. Alhamdulillah. Tiada apa masalah berkaitan benda ni sebenarnya. Just jangan tulis apa-apa tajuk sebelum menaip dan saya dapat menulis dari sudut yang lebih luas. Dari perspektif berbeza.

Well. Tadi saya raya 3 buah rumah lepas isya’. Semua saya tak tahu nama. Dulu, abah akan perkenalkan satu persatu tuan rumah tu. Tapi, maybe dia ingat saya dah ingat nama mereka kot. Sebab tulah dia da tak mention nama diorang. Saya pun tak tahu apa pangkat mereka dalam keluarga. Atok sedara ke, ayah sedara atau sesiapa. Again, kalau dulu… saya pakai redah je cium tangan semua. Muka pecah gudang pon saya bantai je cium walau saya tahu mereka hanya tetamu. Ish… tapi itulah. Em, sekarang. Saya hanya cium tangan orang yang betul-betul saya yakin pangkat(dalam keluarga lah) dia lagi tinggi dari saya, seorang yang tinggi ilmunya dan jelas dia tak buat benda-benda dosa depan saya. For instance, tak isap rokok(erk, I hate its smell…yarkh!)

Dalam banyak-banyak rumah yang saya pergi… saya nak cerita tentang satu rumah ni. Ni rumah first for tonight. Rumah atok sedara saya okes? 5minit dari rumah atuk saya… sampai-sampai, saya turunla. Biasa sangat kan cerita ni. Baik, saya sambung. Da duduk, makan kuih. Tiba-tiba, abah yang rancak cerita tentang kerja dia tukar topic pulak. Ni pak cik sorang ni punya pasallah. Dia tanya saya belajar kat mana sekarang ni. Ayah saya terus selitkan kisah saya tak dapat JPA.

Aih… malunya.Saya tak suka kalau ungkit cerita yang menyayat hati ni. Ya, saya sangat sedih… saya mengimpikan untuk belajar overseas dari form 1 lagi. Tup-tup, lepas habis SPM saya tak dapat. Mestilah sangat sedih kan. Sampai sekarang, saya still buat tradisi lama. Saya potong gambar pelajar-pelajar yang belajar kat overseas patu simpan sebagai koleksi peribadi. Kenapa saya ni kan? Tapi, saya rasa happy dengan buat macam tu. At least, terubat sikit luka di hati ni…~

Ha’ah. Tak dapat duit raya lah. Yalah, saya kan dah besar. Lagi besar dari anda yang sedang baca blog saya ni…hehe.saya dah masuk 18 eh.(em, kalau ada yang baca lah.huhu)

Lepas raya rumah yang pertama, kami pergi ke rumah yang kedua. Ops, sebelum terlupa. Saya nak bagitau, saya raya dengan keluarga+ sepupu kecik 2 orang. Ok. Lepas tu, saya+kami raya kat rumah yang ketiga. And dats the last house yang kena serang malam ni.hehe… baru mereka kenal siapa kami. Tak-tak. Baru mereka kenal kami ni siapa, sedara belah mana, anak siapa and so on. Camtulah… dapat? Baik.

Erk, kenyang nya! Alhamdulillah… kan best kalau hari-hari raya. Boleh makan ketupat free, rendang free, kuih free. Takyah bayar. Siap dapat duit lagi. Wa, best kan!

tapi...
saya rasa nak cakap sikit tentang perihal-darihal raya ni.
kadang-kadang, saya rasa bersyukur dengan nikmat hari raya.
sebab, masa ni lah kita boleh kenal siapa saudara kita, kan?
nak tunggu masa lepas raya?
hui, jangan mimpi di siang hari sahabat... hampir tak de ny..

Eh, ngantuk tak? Saya dah ngantuk lah sekarang. Tajuk belum fikir lagi… nantilah saya buat. Ok.

Good night semua!

Mimpi indah^_^

Wassalam~

Thursday, October 2, 2008

I know what you did last raya~




Salam.

Hmm…
Semalam.
Saya sembahyang raya di Masjid Jamek Felda Air Hitam, Johor. 2 rakaat sahaja.hehe. Anyway, saya bukan nak bercerita tentang sembahyang itu. Tentang khutbahnya juga bukan. Entahlah. Saya tiadak punya mood lah untuk menulis pada saat ini. Tadi, sebelum tidur, macam semangat sikit rasanya. Mungkin saya da gnekan otak saya terlebih sangat tyme mimpi kot. Dat’s why lah letih sampai susah sangat nak keluar idea.huhu.

Aa.. baca laju-laju eh.

Ok. Senang cakap. Tadi saya pakai jubah putih pergi sembahyang raya. First tyme pakai tyme solat raya tahu. Juga ini merupakan jubah saya yang first jugaklah. Sebab, yang sebelum ni… saya tak sempat nak rasmikan. Huhu. Sedihnya hanya Tuhan yang tahu. Hari Jumaat, saya rancang nak pakai jubah yang betul-betul first tu. Sedang leka menggosok jubah tu, tetiba iron tu terlekat. ‘Tzzs’ tu je yang saya dengar sebelum saya mengangkat iron tu dan mendapati jubah saya dah berlubang. Uh, sangat hampa…

Dan… uh, juga kerana saya dapat merasakan kebosanan yang melampau apabila membaca kembali apa yang saya tulis ni. Betul-betul membosankan. Tapi, biarlah. Saya tetap akan publish kan. Sebab, bukan setiap masa saya menghadapi hidup ini dengan ceria. Em, dan gembira. Dua perkara yang berbeza kan?

Well,
I think I am going to stop here, err…

EndOFtopiC~

Wassalam^_^

Tuesday, September 30, 2008

2nd part-hari last ramadhan

Bismillah..

Hmm.. hari ini hari yang ke-30 berpuasa.

Saya agak happy tahu.

So, today. What I’ve done huh? Semalam macam semangat saya tulis ‘karya’… baca tak?huhu..apela,

Em, I woke up very late today.hehe. Since I ate soooo much. Pretending that I am 8 years old kid. I need sufficient energy so that my fasting will stand until 7p.m. hakhak.. just kidding.

Ow, ya. During sahur my mum, n my grandmother had cook a very special menu. Which is… Argh, I forgot its name. What3? Aiya.. what can I tell here is, it is very special. I think my mother learnt its recipe when she used to study in Egypt. Wa… sedap sangat! Jangan jelous okay..^_^

11a.m.
My mother asked me a favor. She needs my help to wash the ‘periuk belanga’. Uh, I thought it was a very simple thing to do. Soon, I took leaves(I learnt this way when I went I went to mukhyayyam… see, what I’ve learnt in mukhayyam is beneficial for everyday works kan. ) here, I want to tell you that the leaves must be kering dan keras tau. Then, I tenyeh2, gosok2, until the periuk become shiny and beautiful so that anybody looks at her will tangkap cintan sama dia!hehe… But, sangat penatlah kerja ini. It hurts my backbone.Actually, I felt very lazy to do this job. Suddenly I heard my father voice…

‘Where is (my name la)?’

OMG! I was very scared. I tried to hide behind the door. Praying that my father wont find me here. Or else, I will be punished because not giving my help when my mother asked for it. I know, I am not supposed to be so naughty. But, my dear friend..mr. sleepy didn’t want to let me go. Uh uh, how a bad friend he is kan… I hate him!

Praise to ALLAH I had safe from my father.hehe… he is very garang tahu. Once I got scolded by him, I will loss my mood for the whole day. And yes, I will prevent it from happen… mestilah.

12a.m.
I continued my lovely hobby. Sleepinglah!hehe… erk, why it is soooo hard for me to sleep? Dear my eyes, I am very tired. So, please close it. I mean, please close the eyes… eh, kenapa ni. I felt very weird. What happen to you my dear? I tried pejam-pejam kan mata… still can’t. I tried to count the sheeps. Still can’t.

Nak kena ni! Then I took my phone to read blogs. Snanye, I had copy some of blog’s post that I feel very interesting and turned it into ‘txt’ format. So that, I can read it by using my Sony Money Ericsson mobile phone. That what I’ve done months ago since I only can access the internet once a week in DQ. I enjoy my reading… wah, really impressive! After finished reading 2 blogs, my father shouted my name. oh, it is time for me now to perform my Zohor prayer.

3p.m.
After helping my mother parut kelapa, 6 bijik tau… banyak tu. Very proud with my works exceli…hehe. Tidak salah bukan.em, I went to the mosque with my dad as we were planning to iktikaf there. I felt a bit of xcited… Because, I will free from the hustle bustle of my grandma house that full of my cousins.


mana tak bangga kan?hehe

Masjid. As I arrived here, I took a rehal and put my Quran on it. Then, I continued my hobby. Urgh, I tido mati until it was 4. When I woke up, I found that there are so many people at the mosque. Aiseyman, malunya! With mamai faces, I ran to the toilet and washed my face.Saya sangat segan ketika itu…

5p.m.
Me, my sistah, ummi, abah n atok( I should call her nenek I think…) went to my arwah atok Bon’s grave. I did not remember my last visit here. After reciting al-Fatihah and aminkan my my father doa, he said that, we are not supposed to make a visit during eidul fitr. Because, it is time for us to feel happy that day…

Ya, I think he is right.
650p.m.
My aunty, poktie, and their sons came. Hi! I said to them with a very beautiful smile. I know I cute… hehe. Then, we iftor together. Em, last Ramadhan today… sedihnya.huhu… semoga saya dapat menikmati keindahan Ramadhan pada tahun hadapan. InsyaALLAH…

Okess.. that’s my last Ramadhan experiences. The last ramadhan for this year… kan.

Wassalam~
ni kad raya yang da siap... uih, first tyme ni!

Monday, September 29, 2008

last day, Ramadhan

Bismillah.

Perlahan-lahan aku memulakan pendahuluan ini. Fikiranku agak terbejat setelah banyak menidurkan diri sepanjang bulan ini.Bulan Ramadhan yang seharusnya aku isi dengan amalan yang bisa melepaskan diri ini dari azab api neraka,meraih rahmat dan kasih sayang Tuhan yang tidak bertepi dan keampunanNYA yang melangit luas.

Kini, setelah di penghujung waktu, aku baru tersedar dari mimpi indah yang sementara. Betapa ruginya aku. Namun, jauh di sudut hati, aku tetap melafazkan kalimah tahmid. Alhamdulillah,sekurang-kurangnya aku masih sempat untuk memanfaatkan baki sisa waktu yang tinggal. Menggunakannya dengan sebaiknya. Memohon kesejahteraan hidupku, keluargaku, guru-guruku, sahabatku, dan seluruh umat Islam. Mengadu kepada Rabb sekalian alam, merintih dengan seluruh jiwaku. Aku benar-benar berharap masih punya usia untuk mengalu-alukan kedatangan Ramadhan pada tahun mendatang.

Ramadhan,
Aku masih kecil untuk memahamimu,
Aku masih mentah untuk menghargai insan sebaikmu,
Yang hadir setelah sepurnama aku terlalai,
Kau hulurkan tanganmu,
Tangan yang punya rahmat,
Tangan yang punya maghfirah,
Tangan yang punya pembebasan dari api neraka.

Namun,
Aku tetap aku,
Masih dengan dunia ciptaanku,
Biar satu persatu tangan yang kau hulur,
Tiada lagi untuk menarikku dari ruang zulmat ini…

Kini,
Setelah duniaku mengalami kehancuran,
Baru aku terjaga,
Aku terpana,
Aku tersedar,
Dunia ini hanya sementara…
Akirat jualah yang kekal selamanya…

Aku sambut tangan yang terakhir,
Tangan yang punya pembebasan dari api neraka,
Aku genggam erat tangan itu,
Itulah harapan terakhirku,

Tangan itu,
Kuharap dapat membimbingku menemuimu,
Ramadhan,
Aku sanggup menunggumu walau sepurnama…

Saat itu,
Aku akan menghargaimu,
Dengan segenap nafas dan jiwaku.

Maka,
Pandulah aku menyintai Tuhanku..
Dialah yang satu dalam hatiku..

Sunday, September 28, 2008

beli-buy-yashtari

salam

em, shopping...

ntahla. saya rasa macam da jadi hobi pulak sejak duamenjak ini.

tadi, saya pergi ngan family... uih, nasib baik bukan wif my friends. Kalau tidak... haiz, kalah membeli kalah memakai. Saya akan jadi orang yang kalah! huhu.

No much things to tell about... da~

i only bought these 2 shirts...

ok.

wassalam

Sunday, August 10, 2008

Darul Quran

Hey, stop! Em, maaflah kalau agak kasar. Maaf..

Please read this articlae..

Saya belajar kat Darul Quran.. so what kan?

Hohoho.. anda tiada inquiry kah nak tahu tempat apakah itu??

Bacalah ye.. saya sudah agak tertekan dengan soalan-soalan yang singgah di telingan saya yang dua ini..

“ey, tempat apakah itu?”

“what’s dat huh?”

“tapenah dengar pon seblom ni.. cuba cakap skit apa ada kat darul Quran tu..!”

Itu soalan mereka di luar sana.. Soalan anda pula bagaimana wahai orang di dalam sini? Hehe.. ini soalan saya pula!

Terbelit ke ayat saya tadi? Hmm.. taperla ye. Okeh.. kali ni tade lagi ayat-ayat putar alam macam tadi..

Darul Quran ni, ada kat Kuala Kubu Baru.. hujung Selangor sebelah tanjung malam. Dapat? Bagus!

Itu yang pertama. Tapi yang paling penting nak cakap kat sini, Darul Quran(dQ) merupakan tempat untuk menghafal alQuran. Memandangkan dQ ini merupakn sebuah kolej, maka ia menawarkan tiga course(syukbah).. anda sudah dapat menambah satu perkataan bahasa arab dalam hidup anda.. hehe. Syukbah tersebut ialah.. syukbah Qiraat, syukbah Dakwah dan.. tatau.huhu. maaf buat yang nak tahu.

Ops, jangan kurangkan perasaan anda untuk tahu lebih lanjut. Saya akan cuba untuk tidak meleret lagi..

Baca ye..

Selain itu, dQ juga menawarkan program persijilan. Macam saya! Saya merupakan pelajar persijilan. Program ini adalah selama 1tahun6bulan.. keutamaan kami adalah untuk menghafal Quran. Subjek lain hanyalah sampingan. Satu sem kan, kami diwajibkan menghafal at least 10juzu’.. banyak tak? Em, lama-lama nanti, anda akan biasa.. itulah yang kami semua hadapi..

Untuk pengetahuan anda, untuk memasuki darul Quran.. kami berhadapan dengan temuduga yang amat sempoi.. tapi, andai tersilap gaya.. impian anda untuk memasuki dQ mungkin boleh lebur begitu sahaja.. macam tyme saya dulu, yang pergi interview 2000 orang..(lebih kurang itulah). Somehow, dQ only took 200 students only. Small number isn’t? and I’m one of the lucky person! Alhamdulillah..

For certificate students kan.. dQ mintak kita punya trial result. Patu, kena interview dengan pihak UIAM.. kalau lepas ngan uia, baru dengan pihak dQ(kena hafal 1muka dalam 1jam).. sebenarnya, pelajar pelajar persijilan merupakn pelajar uia.. Cuma ditumpangkan di dQ untuk menghafal Kalamullah yang Agung dalam masa setahun setengah. Then, masuk uia dalam bidang sains lah..macam medic ke, engineering, nursing(haha) dan lain-lain.. social course bley gak kot.

Kami masuk pada tahun akhir tahun lepas.. sebulan lepas periksa SPM. Huhu.. memang tidak cukup cutilah kami ni..0_o. tak kesah lah..

Ow ya.. memandangkan ramai pelajar top students yang diambil pada tahun ini.. maka, ramailah yang keluar dQ setelah mendapat tawaran dari Public Service Department, Mara, so on and so forth. Bagi yang kuat keazaman untuk kekal di dQ, tidaklah mereka memohon biasiswa dengan result spm mereka yang best itu!

Saya? Hehe.. special sikit la.. memula nak sangat keluar.. siap pergi interview JPA lagi! Ceh, apa la kan. Elok-elok ALLAH tetapkan saya kat sini hafal Quran nak keluar pula. However.. wamakaru wamakarALLAH, wALLAHu khairul makirin.. kita merancang, ALLAH merancang.. saya yang dapat 10a1,1a2 ni tidak mempunyai jodoh dengan jpa.. (hei hei, buat masa inilah..)

Tapi, kat sini.. ramai lagi yang dapat straight a’s and a’1 tidak keluar . Although mereka dapat biasiswa for study abroad. Pandang sebelah mata je.. yelah, nak pergi overseas bila-bila boleh kan?! tentang biasiswa pula, pelajar- pelajar dQ dapat rm250 sebulan..em, JAKIM nyer. Bleh la tampung idup. kalau nak berfoya-foya.. tataula.hehe.. jap, tapi.. dengar citer nak naik rm350. papepon, saya just wait and see jela. naik ok, tak naik.. ntahlah. adakah perasaan saya akan mempengaruhi kenaikan biasiswa? tidak bukan..?

Hmm.. senang cakap kat sini.. yang hafal alQuran ramai yang power-power sebenarnya.. bukan nak riya’ atau seterunya..

Bayangkan, kalau sebelum ini.. budak-budak tahfiz kan, selalu dipandang serong.. kononnya akhlak mereka teruk dan lain-lain. Hakikatnya kat sini, kebanyakan mereka(yang teruk sikit lah..) dihantar ke pusat-pusat tahfiz setelah mereka menunjukkan sikap-sikap negatif mereka depan parents depa, tunjuk sikap malas dan tamau pegi sekolah lagi. Last-last parents depa ambil solution yang agak best lah.. hantar mereka pergi hafal Quran.

Fitnahnya di sini.. waktu raya contohnya..
Si anak yang dah hafal Quran ni hisap rokok.. patu orang tanya kat ibu bapa budak itu..

“anak kamu ini belajar kat mana ha?”

Parents itu pun selamba je cakap..
“hei hei hei.. anak itu masuk tahfiz la.. sudah hafal 31 juzu’ dah!”

See, camtulah yang menyebabkan persepsi masyarakat pada orang yang hafal Quran jadi melilau-lilau. Tup-tup sume hafiz jadi fitnah kerana nila setitik itu. Em, but.. itu Cuma pandangan sebilangan kecil sahaja kan? Anda tidak bukan?? Harap begitulah! Hmm..

Tolong.. tolong ubah persepsi anda terhadap golongan huffaz. Biarpun pandangan kalian tiada apa bagi kami.. kerna kami cuba sebaiknya untuk mengutamakan pandangan ALLAH. Namun, andai ada sahabat, kenalan mahupun keluarga anda ingin menghafal alQuran yang mulia ini.. berilah galakan kepada mereka ye. Inilah masa untuk kita melahirkan ilmuan Islam macam Ibn Sina. Al-Khawarizmi, Ibn Batutta dan lain-lain yang menghafal alQuran. Biarlah mereka menjadi huffaz teknokrat! insyaALLAH..

Thanks kerana sudi membaca..
inilah simbol kegemilangan darul Quran.. masjid dQ.em, raseny lah..
Till here.. wassalam.

Saturday, August 9, 2008

Introduction..siapakah ini ya?

Bismillah..

Dimulakan dengan bismillah..
Diakhiri dengan alhamdulillah..
Begitula sehari dalam hidup kita..
Mudah-mudahan dirahmati ALLAH..
(raihan)

Salam.tak kenal maka ta’aruf..hehe. ya, whatsoever kan?!

Em, ini blog saya yang kedua.Kadang-kadang terlintas di minda..kenapa nak buat yang baru?

Saya masih belum menemukan jawapan yang amat tepat. Saya ulang, amat tepat! Entahlah.. tapi yang penting, bukan nak buang masa lah. Hidup ini memang penuh dengan cabaran. Bagi saya, untuk hilangkan semua masalah.. kita kena mulakan sesuatu yang baru. I mean mulakan hidup baru.

Macam blog ni.. saya nak jadi orang yang lebih baik daripada yang dahulu.
Sekarang ini.. sedar tak sedar kan, ramai orang dah jadikan sesuatu yang berkaitan dengan internet untuk menilai diri kita. Contohnya, kat dalam friendster ke.. myspace, blog, and so on..(tak perlulah nak cakap semua betul? Ya!) semua nak bersikap judge book by its cover. Tapi cara penilaian itu tidak salah.. apabila dalam baik, luar pun baiklah.

Contohnya kita tanam biji durian, yang keluar mestilah buah durian.. tak kan lah buah anggur pulak! Kalau iman kita sejatera.. hati kita bersih, for sure lah.. kita punya ideologi, penampilan dan segala yang dizahirkan menggambarkan bagaimana di dalam nya.

Saya bukan hipokrit.. bukan juga seorang yang teruk peribadinya.. Cuma insan biasa yang selalu turun naik imannya. Pabila jatuh iman saya, saya pun tak nak mengaku itu saya! Saya tahu, saya bukan maksum.. tapi siapa saya untuk melakukan sesuatu yang akan menjauhkan saya dari Tuhan?!

Saya benar-benar cuba untuk merealisasikan hakikat penciptaan saya.. iaitu untuk beribadah.eh, bukan saya sahaja.. semua anak Adam memikul tanggungjawab itu kan?sebentar, itu bukan soalan.. ianya ialah hakikat. Janganlah takut untuk melepaskan dunia.. kerana apabila kita mengejar akhirat, dunia akan mengejar kita. Rasulullah s.a.w pun pernah bersabda.. bekerjalah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun. Dan bekerjalah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.Fahamkan?

Hmm.. saya rasa, saya dah mula sukakan imbuhan ‘lah’ dan ‘kan’.. mungkin itu akan menjadi trademark untuk blog saya kot.. hehe. Who knows kan?^_^

Anyway, sana nak cakap kat sini bahawa.. saya mungkin tak nak dedahkan nama saya, dan seterusnya(buat masa nil ah..).. siapa tahu sebab apa? Hah, kamu!

“tak nak glemer..” Salah.

“poyo?” ey, mana ada..

“tak mahu publisiti murahan?..” juga tidak tepat.

Sebenarnya kan.. saya takut nanti post-post saya lepas ni.. ada yang mengutuk orang dan sebagainya.. saya juga manusia(selalu rasa nak umpat orang lain.. bahaya betul saya ni!). Kadang-kadang, saya pasti akan meluahkan perasaan tidak puas hati saya terhadap sesiapa. Biarpun saya tidak menyebut nama orang yang saya tidak senang itu, tak mustahil.. rakan yang mengenali saya dan orang yang saya maksudkan itu terbaca blog ini.. secara tak langsung, saya pulak dapat dosa free.. elok-elok nak hilangkan tekanan, tertambah lagi tekanan+dosa.. dah lah dosa yang disedari banyak, takkan dosa yang tak sedar banyak juga..em, saya amat takut! Nauzubillahimin zalik.

Wait, itu Cuma pandangan saya.. kalau ada yang terasa, saya minta maaf. Summimasen dari lubuk hati saya untuk anda..=_=’

Awal-awal ni, saya nak beritahu.. andai anda mengharapkan cerita jenaka mahupun hikayat dongeng dari blog ini.. saya rasa anda mungkin tesesat dalam pelayaran dan terdampar di sini. Bukanlah.. tapi kan, andai saya mencipta suatu untuk menghiburkan anda.. better saya jadi penglipurlara mahupun badut sarkas dengan imej yang kelakar amat!

Blog ini insyaALLAH akan dihiasi dengan coretan-coretan hati yang mungkin atau tidak membantu saya dan anda dalam memahami erti hidup ini.. moga masa kita tidak terbuang, ok.

Hohoho., selamat membaca rakan baruku sekalian..^_^