Saturday, October 11, 2008

Solat-tiang-agama

Assalamualaikum.

Em, cutiku hampir berakhir. Cuma berbaki 2 hari sahaja lagi. Nampaknya, saya harus lebih serius selepas ini.Memandangkan peperiksaan semesterku akan bermula pada bulan hadapan. Banyak muqarar yang harus dikejar. Saya sudah serik dengan kealpaanku pada semester lepas. Baik. Saya tidak ingin berbicara panjang. Sekadar ingin berkongsi berkaitan solat.

Rasululullah s.a.w. ada bersabda:
‘ALLAH hanya menerima solat seseorang sejauh mana hatinya menyertai solatnya’

Untuk membantu seorang musalli supaya khusyu’ dalam solatnya, maka pemahaman terhadap setiap bait kata dan lafaz dari mulutnya amatlah dititikberatkan. Namun, ramai dari kalangan kita begitu sibuk sehingga tiada punya kesempatan waktu untuk memahami dan mengetahui makna di sebalik zikir, doa dan ayat alQuran yang diucapkan sepanjang solat. Hatta, alFatihah juga ramai yang tidak mengetahuinya. Saya bukan berbicara atas angin. Anda punya masa untuk membaca post saya ini, seharusnya punya masa untuk memahami ibadah wajib yang satu ini.

Untuk pengetahuan anda semua, di antara punca penyakit dan kelemahan umat Islam yang sangat ketara pada zaman ini adalah kerana kualiti solat mereka sekadar melepaskan batuk di tangga. Asalkan tidak meninggalkan, maka itu sudah cukup bagus bagi mereka. Sedangkan, hati mereka menerawang entah ke mana, meninggalkan jasad seperti boneka berdiri, sujud dan rukuk tanpa ada penyertaan jiwa dan kekhusyukan dalam hati.

Baginda s.a.w. juga ada menyebut, ‘ilmu yang pertama kali diangkat dari muka bumi ialah kekhusyukan’(HR: Thabrani, sanad Hasan) Baik. Terdapat dua makna yang boleh diterjemah dari hadis ini. Pertama, khusyu’ merupakan ilmu yang pertama ditarik. Kedua, khusyu’ merupakan satu cabang ilmu. Tapi, ramai manakah intelek di dunia ini menganggapnya sebagai suatu ilmu. Ilmu seharusnya dkaji, diperhalusi, didalami dan diperbahaskan bukan? Saya tidak menyuruh anda melakukan semua itu, cukup sekadar anda belajar untuk khusyu’ dengan memahami setiap yang anda lakukan di dalam solat dan menunaikannya di awal waktu. Bagaimanapun, andai anda punya kelapangan silakan. Saya orang yang terakhir yang akan menghalang anda melakukan itu.

Em, bukan tujuan saya ingin memberi tazkirah berkaitan ibadah fardhu yang merupakan amalan yang pertama sekali dihisab di akhirat kelak. Kerana saya tidak punya ilmu yang meluas berkaitan hal ini. Juga hal-hal lain. Sekadar ingin membangkitkan kesedaran semua dan diri saya. Hanya itu yang termampu oleh diri ini… marilah sama-sama memperbaiki ibadah ini. Semoga amalan kita diterima.

Dunia ladang akhirat. Gunakan sebaiknya.

Hmm…
Dalam AlQuran…ALLAH berfirman,

‘Dan celakan orang yang solat iatu orang yang lalai terhadap solatnya’(Surah Al-Maun, ayat 4,5)

Nauzubillahiminzalik. Moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang orang-orang sebegini.

Thanks kerana membaca.

Wassalam.

0 k0t0rans: