Assalamualaikum.
Em, cutiku hampir berakhir. Cuma berbaki 2 hari sahaja lagi. Nampaknya, saya harus lebih serius selepas ini.Memandangkan peperiksaan semesterku akan bermula pada bulan hadapan. Banyak muqarar yang harus dikejar. Saya sudah serik dengan kealpaanku pada semester lepas. Baik. Saya tidak ingin berbicara panjang. Sekadar ingin berkongsi berkaitan solat.
Rasululullah s.a.w. ada bersabda:
‘ALLAH hanya menerima solat seseorang sejauh mana hatinya menyertai solatnya’
Untuk membantu seorang musalli supaya khusyu’ dalam solatnya, maka pemahaman terhadap setiap bait kata dan lafaz dari mulutnya amatlah dititikberatkan. Namun, ramai dari kalangan kita begitu sibuk sehingga tiada punya kesempatan waktu untuk memahami dan mengetahui makna di sebalik zikir, doa dan ayat alQuran yang diucapkan sepanjang solat. Hatta, alFatihah juga ramai yang tidak mengetahuinya. Saya bukan berbicara atas angin. Anda punya masa untuk membaca post saya ini, seharusnya punya masa untuk memahami ibadah wajib yang satu ini.
Untuk pengetahuan anda semua, di antara punca penyakit dan kelemahan umat Islam yang sangat ketara pada zaman ini adalah kerana kualiti solat mereka sekadar melepaskan batuk di tangga. Asalkan tidak meninggalkan, maka itu sudah cukup bagus bagi mereka. Sedangkan, hati mereka menerawang entah ke mana, meninggalkan jasad seperti boneka berdiri, sujud dan rukuk tanpa ada penyertaan jiwa dan kekhusyukan dalam hati.
Baginda s.a.w. juga ada menyebut, ‘ilmu yang pertama kali diangkat dari muka bumi ialah kekhusyukan’(HR: Thabrani, sanad Hasan) Baik. Terdapat dua makna yang boleh diterjemah dari hadis ini. Pertama, khusyu’ merupakan ilmu yang pertama ditarik. Kedua, khusyu’ merupakan satu cabang ilmu. Tapi, ramai manakah intelek di dunia ini menganggapnya sebagai suatu ilmu. Ilmu seharusnya dkaji, diperhalusi, didalami dan diperbahaskan bukan? Saya tidak menyuruh anda melakukan semua itu, cukup sekadar anda belajar untuk khusyu’ dengan memahami setiap yang anda lakukan di dalam solat dan menunaikannya di awal waktu. Bagaimanapun, andai anda punya kelapangan silakan. Saya orang yang terakhir yang akan menghalang anda melakukan itu.
Em, bukan tujuan saya ingin memberi tazkirah berkaitan ibadah fardhu yang merupakan amalan yang pertama sekali dihisab di akhirat kelak. Kerana saya tidak punya ilmu yang meluas berkaitan hal ini. Juga hal-hal lain. Sekadar ingin membangkitkan kesedaran semua dan diri saya. Hanya itu yang termampu oleh diri ini… marilah sama-sama memperbaiki ibadah ini. Semoga amalan kita diterima.
Dunia ladang akhirat. Gunakan sebaiknya.
Hmm…
Dalam AlQuran…ALLAH berfirman,
‘Dan celakan orang yang solat iatu orang yang lalai terhadap solatnya’(Surah Al-Maun, ayat 4,5)
Nauzubillahiminzalik. Moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang orang-orang sebegini.
Thanks kerana membaca.
Wassalam.
Saturday, October 11, 2008
Solat-tiang-agama
Tuesday, October 7, 2008
penantian
Salam.
Pagi tadi, ummi pergi ke Melaka. Atok sakit… katanya ada jangkitan kuman kat paru-paru. Dah lame atok tak sakit. Semoga dia cepat sembuh. Ummi ajak gak, tapi… ntahlah. Macam malas-malas + segan. Sebab, ummi pegi ngan adik dia. Lagipun, malam tadi dah azam nak struggle betul-betul hari ni. Em, just peruntukkan 1 jam siang, 1 jam malam untuk internet. T.V?? dah kena terbalikkan ngan ummi. Sebab, tak nak kasi sesiapa tengok memandangkan ada budak kat dalam rumah ni nak PMR… lagipun, saya memang tak minat langsung tengok t.v. except, cerekarama… kekadang sangat menyentuh hati. Ada la kualiti gak citer Melayu ni…huhu. Lain2, sambil makan n minum je la…
Dah dekat pukul 12 tengah hari. Fahmi tak call2 lagi. Dia cakap nak ziarah ustaz dan ustazah sebelum fly esok. Haiz, mane la dak ni… jangan lupa sudah. Walaupun tak menunggu sangat, tapi… tetap dipanggil menunggu. Nak call dia ke? Takyah la… nanti macam kita nak paksa dia datang pulak. Lagi bagus kalau dai datang 100% sebab kemahuan sendiri. Takdelah kita rasa bersalah kalau tetibe dia macm takde mood atau boring ngan aktiviti ‘menziarahi guru’ ni…hehe. Sambil-sambil tu, saya kemas la bilik sket. Baju, kebanyakannya da minta tolong abah bawakkan ke K.L. sebab, ayah saya memang kerja kat sana. Nanti balik dQ naik bas tak perlu la bawa beg berat-berat naik bas. Kan?
Takpelah, dia tak datang pon sokey. Lagipun, saya ada banyak hal yang nak kena selesaikan ni.
Tadi, baru je siap solat Dhuha. Dah lame gak lah tak buat… Sebelum ni, abah ada kat rumah dia mesti tanya dah solat dhuha ke belum. Saya senyap je. Tapi, tak buat jugak. Coz… saya tak tahu kalau saya buat tu, sebab abah atau ikhlas kerana ALLAH. Kalau dulu, lain lah… saya memang istiqamah gak lah dengan Dhuha ngan taubat ni. Jadi, itu dah kira amalan yang sebati dalam idup. So, suruh atau tak, saya tetap akan buat. Sejak masuk dQ ni, makin kurang lak… mungkin sebab kat dQ sangat terjaga dan saya rasa saya tak banyak buat dosa. Tapi, itu yang lebih BAHAYA!!! Saya kena cepat-cepat bertaubat. Mana ada manusia yang terlepas dari dosa. Dosa hati, lisan, mata, telinga, semuanya boleh datngkan dosa. Sedar atau tidak sahaja…
Sebenarnya, dengan amalan-amalan sunat ni la datangnya keberkatan dalam hidup. Dengan keberkatan dalam rezeki, kita tak akan lupa pada TUHAN biar senang atau susah, hati sentiasa tenang dan tenteram. Bukan semua orang kaya punya perasaan yang aman. Beli kereta BM, always fikir tentang tu. Takut kena curiklah, ada orang khianatlah, sampai nak solat, makan, semuanya fikir pasal kereta. Kereta.kereta, kereta… bila ALLAH tarik kereta, terus macam nak gila. Sebab dalam hati ada benda tu je…
Usia juga ada keberkatannya. Umur yang berkat adalah apabila umur pendek tapi banyak pahala. Bukan umur yang panjang, dosa bertimbun-timbun. Apa guna hidup macam tu… sebab akhirnya kita akan kembali kepadaNYA… itulah gunanya kita berdoa agar punya keberkatan dalam hidup. Tidak hanya berdoa agar dipanjangkan umur.
Jom sama-sama kita doa agar dapat istiqamah dan thabat(tetap teguh) dalam amalan-amalan sunat ni. Kata Syed Qutb, 'Thabat Huwa Nasr'. Thabat itulah kemenangan. tapi, janganlah di sampingkan pula amalan wajib...
Cumanya, penentu thabat ini hanyalah Allah. Allah yang menguji, dan Allah juga yang bakal memberi anugerah thabat. Doa dan sabar, itu ubatnya.
Ok. Lagi 5 minit nak pukul 12. saya nak kena mengulang hafazan yang lepas-lepas ni…
wassalam
haha.. baru nak publish, fahmi dah call...
'assalamualaikum'
'ha? okes...'


